Pages - Menu

May 30, 2010

Pro Forma Kursus PISMP


Seperti semua rakan guru pelatih sedia maklum, pada semester hadapan sepasukan panel penilai dari Malaysia Qualification Agency akan datang dan membuat penilaian terhadap kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidkan Guru.

Justeru, di sini disertakan bersama maklumat berkaitan PISMP serta Pro Forma Kursus PISMP untuk dimuat turun dan diambil tindakan oleh rakan guru pelatih.

Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


Kursus Wajib

Kursus Teras
1. Pengajian Professional
2. Amalan Professional

Kursus Teras Major
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Cina
3. Bahasa Melayu
4. Matematik
5. Pendidikan Islam
6. Pendidikan Jasmani
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10. Pendidikan Muzik
11. Pendidikan Seni Visual
12. Pengajian Sosial
13. Pendidikan Pra Sekolah

Kursus Teras Elektif
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Inggeris
3. Kemahiran Hidup
4. Matematik
5. Pendidikan al-Quran
6. Pendidikan Islam
7. Pendidikan Jasmani
8. Pendidikan Kesihatan
9. Pendidikan Moral
10. Pendidikan Muzik Pra Sekolah
11. Pendidikan Muzik
12. Pendidikan Seni Visual
13. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
14. Persuratan dan Kesenian Melayu

Kursus Tanpa Kredit

*Bagi mana-mana kursus major dan elektif yang tidak tersenarai di sini, sila rujuk pensyarah jabatan berkaitan untuk mendapatkan pro forma kursus.

Sekian, terima kasih

Mohd Ridzuan bin Mohd Taib
Setiausaha Agung II, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Terima kasih di atas usaha saudara menyediakan pro forma kursus PISMP untuk di download oleh semua orang di seluruh dunia. Saya sendiri telah down load untuk bahasa arab elektif.

Walaubagaimanapun, nampaknya ada sedikit kesilapan iaitu pada subjek berkod BAE3102. Kandungan dalam pro forma tersebut ialah BAE3104. Ini bermakna terdapat dua salinan BAE3104.

Saya harap saudara boleh up load pro forma yang betul bagi BAE3102, dan saya sangat-sangat berterima kasih jika saudara dapat melakukannya kerana saudara telah menyelesaikan sebahagian besar masalah saya.

Sekian, terima kasih.

Yusoff bin Yaacob
Ketua Unit Bahasa Arab
JAPIM
IPG Kampus Ipoh

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM KDRI said...

Pertamanya pihak kami mohon maaf di atas kelewatan untuk memberi respon terhadap komen dari pihak tuan.

Kami memohon maaf kerana setelah membuat pemeriksaan terhadap versi asal pro forma dari laman web IPG KDRI, sememangnya pro forma bagi BAE3102 yang salah telah diupload.

Justeru, bagi kami pihak JPP IPG KDRI memohon maaf atas kekhilafan ini.

Tuan boleh rujuk versi asal di http://www.ipkt.org/v9/course/view.php?id=115&username=guest

Namun, pihak kami akan berusaha melaporkan kesilapan ini pada pihak admin laman web IPG KDRI untuk pembetulan.

Terima kasih atas kepekaan pihak tuan.

Anonymous said...

pro forma untuk mata pelajaran EDU tidak disediakan?

Anonymous said...

selamat sejahtera, pertama saya berasa mengucapkan terima kasih ke atas pihak pengurusan untuk menyediakan semua profroma kursus untuk memudahkan guru pelatih IPG mendapat pro forma mereka.

tetapi yang nampak masih ada sebahagian kursus major dan minor pro forma tidak disediakan. seperti pendidikan pemulihan dan minor bahasa cina tiada pro froma disediakan! saya berharap pihak dapat menyediakan proforma tersebut untuk kita secepat mungkin. sekian terima kasih.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM KDRI said...

Terima kasih atas maklum balas. Untuk pengetahuan saudara Anonymous, Pro Forma EDU terletak di bawah Pengajian Professional yang merangkumi pro forma kursus EDU3101 hingga EDU3109. Sila muat turun dengan klik pada Pengajian Professional.

Untuk makluman, pro forma yang ada ini sahaja yang pihak kami terima daripada CD yang dibekalkan oleh pihak BPG. Untuk kursus yang tidak tersenarai, saya mohon maaf.

Bagi Pro Forma Pemulihan, pihak admin mencadangkan untuk berjumpa dengan pensyarah Jabatan Ilm Pendidikan di IPG saudara.

Untuk pengetahuan saudara, bagi setiap subjek minor, ianya adalah sebahagian daripada subjek major. I

Cth: Bahasa Cina Major : Mengambil kursus BCN3101 hingga BCN3115

Tetapi bagi minor Bahasa Cina, hanya mengambil 4 daripada subjek major.

Justeru, saudara bleh memuat turun pro forma Bahasa Cina Major dan mencetak 4 kursus berkaitan dari BCN3101 - BCN3115. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada pensyarah saudara.

Sekian, harap maklum.

Anonymous said...

terima kasih pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM KDRI, di sini saya ingin maklumkan bahawa Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sudah dikemaskini mulai December 2009, kini ada version yang baru dikemukakan. Jumlah Major subjek adalah sebanyak 17 kohot. harap pihak dapat dapat dikemaskini dokumen sini juga. sekian terima kasih.

Cikgu Fikri said...

Assalamualaikum...

terima kasih atas proforma yang disediakan... saya minta izin untuk mendownload proforma PSK.. :)

 

Template by BloggerCandy.com