Pages - Menu

October 11, 2010

Solat Hajat -



Dimaklumkan bahawa satu solat hajat akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 12 Oktober 2010
Masa: Lepas Zohor
Tempat: Balai Islam IPG KDRI (1.40pm)

Untuk pensyarah yang akan menunaikan ibadat haji:-
  1. En. Wan Zaidi Bin Wan Nawi - JHEP
  2. En. Abdullah Bin Jusoh - JTP
  3. En. Mohd Rasid Bin Chik (belum disahkan) - Jab. Sains
  4. En. Abd. Rahman Bin Mahmud (telah bersara) - PIPK
  5. Ustaz Salleh Bin Jusoh - JAPIM
  6. Ustazah Nor Kartina binti Tawang - JAPIM
Untuk pensyarah yang sakit:-
  1. Pn. Norihan Binti Mat Zin - Jab. Matematik
  2. Tn. Hj. Amidin Bin Zim - KJ Jab. Peng. Melayu

Dipohon kepada semua guru pelatih, untuk bersama-sama hadir ke Balai Islam beramai-ramai.

September 20, 2010

Majlis Ujian Tilawah,Tafsir,Hafazan Al-Quran (MUTTHAQ) & Pertandingan Nasyid

Perhatian Kepada Seluruh Warga Ipg Kdri Khususnya Guru Pelatih Yang Tingal Di Kolej Kediaman,Nantikan Kehadiran Muthaq 2010 Yang Bakal Berlangsung...

Pelbagai Aktiviti Yang Ditawarkan..Percayalah, Ianya Tidak Akan Mengganggu Gugat Waktu Emas Anda!!!

Penuhilah Lompang2 Kosong Dalam Hari Anda Bersama Aktiviti Yang Dianjurkan Bagi Mempromosikan Islam...

~ Manusia Mulia Hanya Kerana Islam ~

BADAM Sesi 2010/2011





September 12, 2010

Selamat Hari Raya


Pihak JPP 2010/2011 ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada warga IPG KDRI maaf zahir dan batin. semoga perayaan kita pada kali ini adalah paling indah dan meriah.
diharapkan segala salah dan silap serta kekurangan kami dalam memegang amanah yang diberikan dapat dimaafkan.

August 29, 2010

Selamat Menjalani PBS / SBE



Pihak JPP mengucapkan selamat menjalani PBS (pengalaman berasaskan sekolah)/SBE (school base experience) kepada guru pelatih IPG KDRI PISMP semester 2 dan 4 (29 Ogos - 2 September 2010). semoga anda menggunakan peluang ini sebaiknya. pihak JPP juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada warga IPG KDRI (cuti pertengahan penggal & raya). manfaatkan setiap hari anda dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermunafaat. sayangilah diri anda, ingatlah orang tersayang.

August 07, 2010

Ramadhan Bakal Menjelang..



Kami daripada pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail sesi 2010/2011 mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam khususnya warga IPG KDRI yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi..Moga-moga dapat kita bersama-sama menghiasi Ramadhan kali ini dengan ibadah..Amin..

August 01, 2010

Darah dan titik peluhmu akan ku kenang selamanya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog ini dan blog walker yang sentiasa menjengah ke sini, hari ini telah tibanya tarikh keramat 1 Ogos 2010 dimana bermulanya bulan Ogos iaitu bulan yang akan diingati oleh rakyat malaysia semuanya selama-lamanya.

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan, bulan yang melakarkan sejarah kemenangan rakyat malaysia yang memperjuangkan kemerdekaan demi melihat keturunan selepasnya hidup dengan aman dan tenteram tanpa diperas oleh bangsa-bangsa penjajah.

Oleh itu, marilah kita hindari daripada menyambut bulan kemerdekaan ini dengan pesta-pesta kemaksiatan, sambutan gilang gemilang yang nyata berlaku pembaziran dan bersuka-sukaan sehingga menimbulkan lalai dan membawa kebinasaan. selayaknya sambutan bulan kemerdekaan disambut dengan melafazkan kesyukuran, diselangi dengan aktiviti yang meningkatkan jati diri rakyat supaya kemerdekaan ini terus kekal selamanya.


sebagai tanda mengenang dan memperingati jasa pejuang-pejuang kemerdekaan marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka dan didoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. amiin

Tema Hari Kebangsaan 2010
"1 Malaysia Menjana Transformasi"

July 28, 2010

6 TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Renungan Bersama..

BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANGSANYA

Pada hari akhirat nanti akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari Barat ke Timur. Apabila ia keluar maka Malaikat Jibril a.s berkata: "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu kata Huraisy: "Aku mencari lima jenis orang iaitu:

* Orang yang TIDAK mengerjakan SOLAT.
* Orang yang TIDAK mahu mengeluarkan ZAKAT.
* Orang yang MENDERHAKAI IBU BAPAnya.
* Orang yang suka MINUM ARAK.
* Orang yang sangat suka BERCAKAP-CAKAP tentang hal DUNIA di dalam MASJID.

Isu Pendidikan Semasa: Guru Gred 41 Hingga 48 Dibenar Terlibat Dalam Politik

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam sebuah parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama

Karnival Bulan Merdeka..Coming Soon..

Pihak JPP IPG KDRI akan menganjurkan Karnival Bulan Merdeka Peringkat IPG KDRI..Pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan..Majlis Perasmian akan diadakan pada 1 Ogos 2010 iaitu pada hari Ahad minggu hadapan..Maka dengan ini, wahai sekalian warga IPG KDRI, curahkan segala komitmen yang anda ada bagi memeriahkan karnival ini..Jadilah warganegara yang sentiasa dan berterusan mencintai tanah air sendiri..

Dibawah ini disertakan beberapa butiran mengenai karnival yang bakal berlangsung..



July 27, 2010

Standard Guru Malaysia..




STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

LATAR BELAKANG


Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

RASIONAL


Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

* Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

* Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

* KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

* Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

TUJUAN


Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

* mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

* mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.


Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

GLOSARI


Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

* Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

* Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

* Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

* Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

* Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

* Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

* Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

* Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

* Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

* Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

* Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

* Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

* Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

* Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

* Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

* Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

* Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

* Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

* Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

* Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

* Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

* Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

* Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

* Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

* Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

* Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

Penghargaan untuk wanita sempena Minggu Apresiasi Wanita..




Disini dipaparkan tentang perjuangan & pengorbanan wanita ketika zaman Rasulullah s.a.w. semoga paparan ini dapat mendorong semua wanita IPG KDRI untuk mengikut jejak langkah mereka!

Allah swt menjadikan kaum Hawa begitu istimewa & unik dan begitu besar peranannya dalam salasilah kemanusiaan. Antara wanita yang begitu besar peranannya yang telah Allah kirimkan ke umat manusia disamping Hawa adalah Hajar ibu kepada Ismail a.s, Maryam ibu Isa a.s, Khadijah r.a isteri Rasulullah saw dan Fatimah Zahrah binti Rasulullah saw.

Peranan mereka ini jauh tersasar dari pandangan kalangan lelaki (tak kiralah dari apa kaum atau kepercayaan) yang menganggap wanita cuma sesuai untuk digunakan sebagai pelepas nafsu dan penyedia serta penghidang makanan dan peghias rumah.

Hajar umpamanya kalau kita kaji peranannya merupakan wanita yang bertanggungjawab membuka dan memajukan Kota Mekah. Apalah Mekah tanpa wanita ini, yang telah menemui telaga Zam-zam bersama Puteranya Ismail. Wanita cekal yang berdikari dan akhirnya melahirkan satu tamadun.


Khadijah
umpamanya berperanan menghiburkan hati, memupuk semangat dan melindungi sumainya yang akhirnya dinobatkan sebagai Nabi akhir zaman. Tatkala Muhammad saw dalam ketakutan dan kebingungan, Khadijah dengan izin Allah lah yang telah menenangkannya dan manusia yang pertama memperakui ke nabiannya.

Fatimah pada usia yang muda berhadapan dengan musuh-musuh Allah, Abu Jahal dan Abu Lahab yang telah bertanggungjawab sehingga tercurahnya najis di atas tubuh Baginda ketika bersolat di hadapan Kaabah. Fatimah menggantikan ibunya membakar semangat dan menghiburkan hati Baginda. Bersusah dan berkorban lantaran taat dan patuhnya pada Allah dan Rasul.

Kita semua memandang tinggi dan mengkagumi wanita-wanita besar ini, bukan kerana paras tubuhnya, bukan kerana kecantikannya (walaupun mereka mungkin demikian) tetapi lebih kerana kecekalan, ketabahan, keberanian dan sumbangan besar mereka terhadap Islam.

Jemu apabila terdengar isu wanita dibangkitkan maka persepsi biasa kaum lelaki (sebahagiannya) adalah pada keindahan dan tubuh badan mereka semata-mata. Sehingga ada yang lebih gemar membincangkan isu kahwin dua, tiga dan empat, dari menghargai dan menghormati wanita seumpama kita menghormati Hajar, Khadijah dan Fatimah.

Wanita yang paling patut dihormati dalam hidup adalah insan bergelar IBU!!!!!

Ibu yang melahirkan dan bersusah membesarkan kita tidak terbayar oleh jasa dan ketabahannya itu. Ibu sudah tentu telah berjaya membesarkan kita sehingga seadanya skita pada hari ini, tetapi kita sendiri belum tentu mampu memeliharanya sebagaimana yang telah beliau lakukan terhadap kita suatu ketika kecil dahulu. Sememangnya tidak ternilai kasih sayang seorang ibu...

Mengenangkan jasa ibu yang kita kasihi ini memungkinkan kita tidak tergamak melakukan sesuatu yang bakal menghiris dan melukai hatinya, walaupun kadangkala kita mungkin terlupa. Kesimpulannya dalam mengharungi Minggu Aspresiasi Wanita peringkat IPG KDRI, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan wanita pada kedudukannya yang sebenar. Hormatilah mereka, berikanlah hak mereka dimana yang perlu. Hargailah wanita dengan pengorbanan, kecekalan & kebolehan mereka..kerana wanita adalah penyeri dunia yang tidak tenilai malah, lebih bernilai dari permata..

Da ujung bulan..duit da abis..camna ni????


Da dekat ujung bulan..tapi ramai yang merungut duit da abis..mula la mencari peruntukan daripada FA&MA di kampung halaman tercinta..tambah2 plak elaun masuk sebulan je aritu..tak macam dulu..dapat terus segunung untuk 1 semester..masa dapat elaun untuk 1 semester dulu, palajar2 ipg da nampak lebih kaya daripada Bill Gates..hehe..

So, camna nak selesaikan masalah kekeringan wang??amalan menabunglah yang paling berkesan..bacalah karya ilmiah di bawah untuk renungan kita bersama..


Kebaikan Menabung Wang

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa
Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup
yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan
sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga
tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan
untuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi
kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam
tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan
menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada
masa hadapan.

Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa
depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat
penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-
buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran
kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih
lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan
menyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menara
ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin
tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yang
diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan
wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila
kita bersiap sedia lebih awal lagi.

Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan
sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes
kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang
itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah
diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli
keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan
kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah
runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita
sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum
hujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi.

Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu
dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat-
cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan
kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan
mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri
sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu
merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang
kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi
terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan
digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu
keluaga.

Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan
perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa
yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi
membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang
sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi
mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Intihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah
bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya
menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum
kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi
pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang.



 

Template by BloggerCandy.com