Sejak kebelakangan ini, isu mengenai pemansuhan UPSR dan PMR dalam sistem pendidikan di negara kita hangat diperkatakan. Banyak pros dan cons mengenai cadangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya pada mulanya agak terkejut juga mengenai cadangan kementerian ini.
Ada yang menyatakan, UPSR dan PMR tidak lagi relevan dengan sistem pendidikan negara. Asalnya, 2 peperiksaan ini dibuat bagi melayakkan seseorang untuk meneruskan pengajian di tingkatan 1 (bagi yang LULUS UPSR) dan Tingkatan 4 (bagi yang LULUS PMR). Manakala yang gagal pula perlu menjalani peperiksaan yang berkenaan sekali lagi sebelum dapat meneruskan pengajian mereka. Tapi itu tidak berlaku sekarang.
Pemansuhan ini juga ada relevannya dari segi kos dan masa. Guru2 yang terlibat dengan hal2 peperiksaan perlu menghadiri kursus, mesyuarat2 yang kadangkala mengganggu urusan pengajaran seharian. Secara tak langsung, pihak sekolah sukar menumpukan ke arah mencapai objektif sekolah yang lebih fokus dan terperinci melalui Program Kemahiran Bersepadu Sekolah (PKBS).
Tapi berlainan pula dengan sesetengah pihak. Ada yang tidak bersetuju atas faktor kurangnya motivasi untuk belajar kerana hilangnya target atau aim untuk mereka jadikan tanda aras sebelum meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi terutamanya tingkatan 4. Bila kurang motivasi untuk belajar, maka, pelajar2 juga akan mula lupa objektif sebenar mereka menghadirkan diri ke sekolah dll.
Sebagai bakal guru, apakah pandangan anda semua????
Sebagai bakal guru, apakah pandangan anda semua????
1 comments:
sekiranya upsr dan pmr ada, plg kurang akan menjadi sebagai ukuran atau target utk para pljr capai di dalam peperiksaan. namun, jika tiada upsr dan pmr, para pelajar akan lebih leka dan main2 dlm pmbljrn mereka. dulu pun kalau ada upsr dan pmr, masih main2, apatah lagi kalau xde??
hmm.. tp mungkin pihak krjn ada jalan penyelesaiannya...
Post a Comment