Pages - Menu

July 27, 2010

Da ujung bulan..duit da abis..camna ni????


Da dekat ujung bulan..tapi ramai yang merungut duit da abis..mula la mencari peruntukan daripada FA&MA di kampung halaman tercinta..tambah2 plak elaun masuk sebulan je aritu..tak macam dulu..dapat terus segunung untuk 1 semester..masa dapat elaun untuk 1 semester dulu, palajar2 ipg da nampak lebih kaya daripada Bill Gates..hehe..

So, camna nak selesaikan masalah kekeringan wang??amalan menabunglah yang paling berkesan..bacalah karya ilmiah di bawah untuk renungan kita bersama..


Kebaikan Menabung Wang

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa
Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup
yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan
sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga
tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan
untuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi
kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam
tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan
menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada
masa hadapan.

Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa
depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat
penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-
buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran
kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih
lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan
menyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menara
ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin
tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yang
diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan
wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila
kita bersiap sedia lebih awal lagi.

Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan
sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes
kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang
itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah
diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli
keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan
kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah
runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita
sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum
hujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi.

Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu
dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat-
cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan
kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan
mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri
sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu
merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang
kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi
terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan
digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu
keluaga.

Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan
perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa
yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi
membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang
sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi
mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Intihanya, sebagai anak adiwangsa negara Malaysia ini, kita mestilah
bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya
menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum
kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi
pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang.



1 comments:

Anonymous said...

yup,menabung amalan mulia...

 

Template by BloggerCandy.com