Pages - Menu

July 07, 2010

Viva PISMP SEMESTER 4 [BIG- anak angkat]!!

ini LAPORAN SEPARUH PENUH

pada 1-3 Julai 2010. pelajar PISMP SEMESTER 4 2010 telah menyertai program Bina Insan Guru dalam kurungan BIG di Kampung jerangau dan Kampung Dendang (bukan ding dang) di Daerah Dungun.

pada majlis perasmian program ini, pelajar-pelajar diserahkan kepada ibu bapa angkat masing-masing oleh pihak HEP (Tn Haji. Mutalib) kepada JKKK kedua-dua kampung tersebut. majlis penyerahan tersebut dilakukan secara ringkas dan padat serta mantop kerana bilangan anak angkat yang ramai dan kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa dan konvoi kelab awan hujan yang besar. lewat petang dan ngam-ngam sebelum hujan turun, penyerahan anak angkat kepada ibu bapa angkat berjaya disudahkan. terima kasih kepada JKKK kampung yang terlibat.

Hujan pada petang tersebut bermula renyai-renyai dan seterusnya menjadi lebat. hujan ternyata semakin lebat dan semakin lebat. selepas itu hujan renyai-renyai semula. kesimpulannya indeks hujan turun ditutup bercampur-campur dan aku rasa xde motif untuk menceritakan pasal hujan disini.

Cuaca yang berhujan telah merencatkan sebahagian besar aktivti semasa program itu terutamanya aktiviti sukaneka dan gotong-royong. aktiviti sukaneka seterusnya ditunda pada hari seterusnya.

aktiviti lain yang berlaku adalah kem motivasi, bacaan yassin dan tahlil pada malam jumaat, menyelami kegiatan/ pekerjaan keluarga, sarapan perdana dan majlis penutup.

aktiviti selama 3 hari yang berlangsung ternyata memberi kesan yang amat mendalam kepada guru-guru pelatih. jika nak diceritakan kesan dan faedah daripada program ini kepada guru pelatih, ternyata entri ini akan dipost 3 hari dari sekarang kerana memerlukan sesi temuramah dengan peserta-peserta yang terlibat.

Oleh itu secara kesimpulannya, aktiviti ini meningkatkan nilai jati diri dan kekentalan semangat peserta-peserta untuk menghadapi kemungkinan dunia realiti setelah diposting.

dibawah adalah gambar-gambar yang berjaya diupload















-end-

-karipap.pusing-

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com