Pages - Menu

September 05, 2009

Respon YDP

sebagaimana yang telah rakan-rakan guru pelatih sedia maklum, kami mempunyai kekuatan seramai 25 orang yang telah disaring dalam Pilihanraya Kampus yang lalu. lantikan baru sebagai penambahan ahli seramai 2 orang telah berlaku kerana institut kita buat pertama kalinya mengarahkan supaya pelatih-pelatih senior untuk menginap di luar. masalah tidak turun padang tidak sepatutnya berlaku jika situasi yang berlaku terhadap ahli jpp sendiri difahami oleh pihak guru pelatih sekalian. banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak jpp sendiri berkaitan jika berlaku apa sahaja permasalahan dalaman kampus. ada yang membuat perbandingan antara jpp lepas dan terkini yang bagi saya tidak cerdik melihatkan kepada situasi semasa. adalah tidak munasabah pihak guru pelatih memberikan komen yang berdasarkan kepada emosi semata-mata kerana berdasarkan faktanya kami berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan pelatih sekalian. rasanya saya tidak perlulah diungkit apa yang telah kami lakukan cuma minta kita memahami antara satu sama lain. cuba anda fikirkan dengan musibah yang berlaku antaranya selesema babi (H1N1) dan demam ILI yang menyebabkan institut kita gelap seketika. arahan membekukan segala aktiviti yang melibatkan pengumpulan ramai orang terpaksa dikeluarkan sebagai langkah pencegahan. akibatnya banyak aktiviti yang dirancang terbengkalai walaupun ada sesetengah aktiviti yang tetap dilakukan dengan melanggar arahan tersebut. saya menasihati rakan-rakan pelatih sebelum ingin mengkritik pihak lain, supaya melihat dahulu punca-punca yang menyebabkan berlakunya sesuatu ketidakseimbangan. berikan kritikan yang membina supaya kami dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem ini. insyaAllah respon yang seterusnya akan diutarakan dari semasa ke semasa. TQ


AHMAD NAJMI B MOHD GHAZALI
YDP JPP IPGMKDRI 09/10

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com