Pages - Menu

September 08, 2009

bubur lambuk sambal kicap

Antara Bubur Lambuk dan Sambal Kicap.

By : Tok misai

Dalam diam-diam,rupa-rupanya Tok dah berjaya menghabiskan 18 hari dalam bulan ramadhan yang berkat dan penuh rahmat ini. Tok teringat pulak dengan sepotong hadis Nabi S.a.w yang bermaksud seakan serupa ini “ bulan ramadhan itu awalnya rahmat,pertengahan ramadhan itu adanya keampunan dan di akhir ramadhan itu mendapat pelepasan dari Neraka”. Bila kita sama-sama refleksi balik dari apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ini adakah kita skang yang dah 18 hari laa lebih kurang kita berpuasa, adakah kita tergolong dalam golongan umat Nabi s.a.w yang mendapat kelebihan bulan ramadhan ini? Tok sendiri tak yakin sebab kita manusia yang banyak kerenah, manja, dan berjiwa kental apa tidaknya sekadar berjihad menhan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang diharamkan ketika berpuasa pun tak mampu untuk kita kekang dalam hidup kita, tiap-tiap kali nak tengok siaran televisyen jew dah kene tolak pahala pose. Tok suka mengajak kita semua warga IPG KDRI baik yang baru dan lama untuk sama-sama kita menghitung hari dan waktu yang telah kita lalui. Adakah pahala yang sepatutnya kita ragut semuanya dalam bulan ramadhan ini akhirnya tanpa kita sedari berciciran langsung berguguran tanpa kita sedar. Tok kembali kepada bidalan masyarakat melayu kita hari ini “ yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apa tak… adakah kita sentiasa berwaspada dalam melayari bahtera hidup kita sehari-hari dengan baik dab bijaksana?

Jom kita pakat-pakat fikirkan bersama antara aktiviti yang mungkin kita sebagai warga IPG KDRI atau mungkin juga seluruh umat Islam di Negara kita lakukan. Seawall pagi cikgu-cikgu bangun bersahur sekitar 4.00 pagi sampailah ke subuh. Penat sangat menyiapkan assignment KKBI atau KKP yang sepatutnya disiapkan awal mungkin ade yang kembali lena lalu kembali ke alam fantasi melayari mimpi-mimpi yang setiap satunya mempunyai erti tersendiri. Berbekalkan bantal yang empuk, bersalutkan selimut febret menambahkan lagi selera tidur dan diulit pula dengan bisikan musuh yang sentiasa bersama untuk melihat umat manusia semuanya leka dan alpha. Bila dah ke kuliah tok sah citer panjanglah kompem-kompen semua belajar tak pun tertido kerana keletihan dibulan peperangan dengan hawa nafsu ini.

Yang jadi masalahnya bila kita balik dari kuliah, mulalah kepala pun dah berat, badan pun dah liat, mulut berkali-kali menguap memberi isyarat bahawa badan perlukan rehat, otak nak stop berfikir sekejap, lalu sauh punggung mula mendarat. Mata terpejam erat dan rapat, lagu dengkuran mula berdendang, menghela kepenatan yang selama ini terbeban. Itu bagi yang tidur, tapi bagi yang jenis kai Televisyen pula, balik kuliah rehat, remote control ditangan erat, petiknyer sekali Tv dah terbuka, bertukar siaran ikut nak tengok mana yang sedap akhirnya berhenti asyik melayan karat. Kisah demi kisah, satu persatu apa yang dihidangkan di televisyen ditonton sehabis lazat. Upik abu dan laura sakit hati kalo siaran tak dapat, wonder pet plak sekadar hilangkan penat, sambung pula dengan spongebob sebab dah jadi febret, tak cukup itu layan pulak madina dan aqso akhirnyasedar tak sedar rupanya maghrib dahpun dekat. Hahaa.. alang-alang dah petang bergegas ke bazaar ramadhan laa cari rezeki bawak pulang, untuk santapan perut yang kelaparan.

Yang bagusnya kita semua warga IPG KDRI, hampir setiap tahun di Balai Islam AL-Muttaqim kita ada disediakan juadah berbuka puasa. Tok pun hampir tak tahu menu apa yang tersedia, tapi yang wajib bubur lambuk dan sambal kicap. Nak dijadikan kesimpulan bubur lambuk IPG KDRI ini sape-sape yang berkunjung ke Balai Islam AL-Muttaqim mesti takkan melepaskan peluang menikmati bubur lambuk balai. Cumenya kalaulah diserikan lagi dengan sambal kicap wah laju benor cikgu-cikgu kita nie makan. Jadi marilah kita hayati kesepaduan bubur lambuk dan samabl kicap ini iaitu bubur lambuk kita ibaratkan bulan ramadhan yang memang terdapat banyak kelenihan didalamnya seperti bubur lambuk dalamnya ada fish ball,rempah ratus,bermotifkan beras, cantik diwarnai dengan sayuran yang berkhasiat pendek kata serba serbi ada dalam bubur lambuk. Dan begitulah bulan ramadhan ini cikgu-ckgu sekalian. Banyak sungguh kelebihannya. Semua cikgu-cikgu pun maybe dah biasa sangat dengar tazkirah kelebihan ramadhan kan. Kalau tak tahu belajar. Tapi kalo betul-betul tak tahu maknenyer cikgu ponteng solat berjemaah kt balai laa tue hahaa.. nah sambung balik citer kita. Sambal kicap pula ibarat diri kita sendiri. Kalau kita rajin datang berbuka puasa kat balai dapatlah sambal kicap, kalau kita malas dapatlah makan bubur saje. Kata orang kalau kenalah bubur lambuk balai dengan sambal kicap barulah betol-betol hooowliau.. maksud tok adalah kita sendiri perlu rajin berusaha menambahkan kelazatan bulan ramadhan dengan segala kudrat dan usaha kite supaya kerahmatan, keberkatan dan keampunan dibulan ramadhan ini akhirnya menyempurnakan kehidupan kita.

Salam ramadhan cikgu-cikgu IPG KDRI.

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com