Tema Bulan Jun 2012
JPP IPG KDRI telah memutuskan untuk melancarkan Bulan 6 dengan tema "Bulan Kasih Sayang" sempena cuti semester 2012.Hargailah waktu cuti anda bersama keluarga, rasai kasih sayang mereka. Moga Berbahagia selalu. InsyaAllah...
Moga subur dengan Kasih sayang. InsyaAllah... |
Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang taat dan rajin beribadat; mendirikan sembahyang, berpuasa dan bersedekah. Namun pada saat kematiannya Alqamah sangat menderita. Begitu sulit hendak menghadap Allah Taala. Mulutnya seperti terkunci untuk mengucapkan kalimah tauhid sungguhpun setelah ditalqin yakni diajarkan oleh para sahabat. Ini adalah kerana Alqamah lebih mengutamakan dan terlalu cintakan isterinya sehingga mengabaikan ibunya.
Di akhir hayat Alqamah, ibunya tidak memaafkannya kerana masih berkecil hati dengan Alqamah.Melihat keadaannya yang nazak, Nabi memerintahkan sahabat untuk mengumpul kayu api sebanyaknya untuk membakar Alqamah, Maka pada saat itulah, cinta seorang ibu yang telah lama terkubur dalam hatinya mulai hidup dan bersemi lagi, akhirnya ibu Alqamah memaafkannya dan Alqamah dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.
Maksudnya:
Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra': 24)
Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "RedHa Tuhan
(Allah) ada dalam redHa kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya
ada dalam kemurkaan kedua-duanya."
(Hadis riwayat al-Tabrani)
0 comments:
Post a Comment