Pages - Menu

March 29, 2010

Kuliah Maghrib (Ahad, 29/3/2010): Balasan Meninggalkan Solat


Balasan Meninggalkan Solat:

Kuliah pada malam ini menumpukan balasan azab kubur terhadap golongan yang meninggalkan solat. Antara azab-azab pedih yang dilalui oleh golongan ini ialah disempitkan akan kuburnya, kubur golongan ini akan digelapkan, dan malaikat dan ular naga akan menyeksa golongan yang meninggalkan sembahyang. Ular yang menyeksa golongan ini dikatakan mempunyai kuku besi.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.


2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

1 comments:

Anonymous said...

salam.
nak tnye,(sbb ramai jpp yg ustaz kan..ustzh pun ade..)
mane 1 lebih aula kite buat, solat sunat yang akan jadi pelengkap solat-solat fardhu atau solat fardhu yang diqadha'kan?
yela, qadha' sbb kite tak yakin dgn khusyu' kite..

yang mane 1 kene buat n lagi 1 solat sunat takkan diterime if tak buat solat qadha' lagi?
mcm mane ye?

 

Template by BloggerCandy.com