Pages - Menu

August 11, 2009

Ancaman Selesema Babi (Influenza A H1N1) dan Demam ILI

Assalamualaikum buat semua guru pelatih IPGM Kampus Dato' Razali Ismail... salam sejahtera dan semoga berada dalam rahmat Allah berpanjangan.. seperti yang diketahui umum, kampus kita telah diancam wabak selesema BABI (influenza A H1N1) dan demam ILI. harap anda semua mematuhi arahan memakai mask sebagai langkah2 penceghan awal merebakny selesema BABI... masih ramai yg tidak memakai mask tersebut w/pun telah memilikiny... mask tersebut bukan sepatutnya disimpan atau dibuat "belacan" tetapi hendaklah dipakai.. tepikan malu utk menjaga maslahat diri... bagi yg masih tidak memilikiny pihak pengurusn sedang cuba mendptkannya secepat mungkin..

Semua aktiviti atau program yang melibatkan;
1. aktiviti luar,
2. perhimpunan yang melibatkan ramai,
3. program yg melibatkan kumpulan yg ramai,

mestilah
dibekukan buat sementara waktu sehingga diberitahu... sila jaga kesihatan anda semua dengan memperbanyakkn minum air masak dan jaga kebersihan tubuh badan... bagi yang dikuarantin sila patuhi sepenuhnya prosedur rawatan... rawatan susulan akan tiba secepat mungkin.. guru pelatih yg positif, demam dan mendapat kelulusan pegawai kesihatan utk bercuti boleh mengemukakan permohonan pulang ke kampung dgn syarat diambil sendiri pelatih tersebut oleh ibubapa/penjaga dan dimaklum terlebih dahulu kepada warden... saya menasihatkan supaya pelatih yang dikuarantin terus berada di kampus walaupun diberi kebenaran pulang sehingga tempoh yang ditetapkan supaya ianya tidak merebak kepada komuniti lain. makanan dan minuman akan dihantar ke bilik kuarantin sebanyak 5 kali sehari dengan masa yang telah ditetapkan. segala usaha telah dilakukan untuk pencegahan dan saya menyeru supaya teruskan usaha ini dan perbanyakkan berdoa... jangan tinggalkan pemakaian topeng (mask)... TQ-

AHMAD NAJMI B MOHD GHAZALI
YDP JPP IPGMKDRI 09/10

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com