Pages - Menu

April 21, 2009

Program Malam Kembara Palestin

Program : PROGRAM MALAM KEMBARA PALESTIN

Tarikh : 19 APRIL 2009

Masa : 9.00 MALAM – 11.00 MALAM

Tempat : DEWAN AL FARABI, IPGM KDRI.

Laporan aktiviti :

Biro Kebudayaan dan Kesenian telah menganjurkan program Malam Kembara Palestin berobjektifkan memberi kesedaran kepada para guru pelatih IPGM KDRI berkenaan isu kemanusiaan di Palestin. Organisasi jawantankuasa telah dibentuk agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah AJK Publisiti, AJK Jemputan dan Protokol, AJK Persembahan, AJK Jamuan serta AJK Audio dan PA Sistem. Seperti biasa majlis pada malam ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Fathi bin Ramli dari unit PPISMP PIQ/BI/BA Semester 2. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Mohd Nor bin Jusoh atau lebih famous dengan panggilan Ust Rabbani.Pada malam itu tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah “Palestin Dalam Lipatan Sejarah”. Banyak tarikh penting yang telah didedahkan pada malam itu dan semuanya berkait rapat dengan sejarah Palestin dan juga tarikh penting dalam lipatan sejarah kerajaan Islam. Antara tarikh yang perlu kita semua ambil perhatian adalah tahun 1924 dimana kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh disebabkan oleh komplot dalaman yang dirancang oleh seorang yahudi yang bernama Mustafa Kamal At-tartuk. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan pendeklamasian sajak yang bertunjangkan bait-bait kedamaian. Sajak tersebut dideklamasikan oleh dua orang guru pelatih iaitu saudari Nik Nur Qurain binti Nik Mustafa dan saudari Kalashini a/p Rajendran. Setelah itu persembahan diteruskan dengan nyanyian Nasyid oleh kumpulan Al-Ikhwan yang membawa dua buah lagu yang bertajuk “Damai yang Hilang” dan “Seruan Jihad”. Tiba-tiba penonton dikejutkan dengan satu gimik yang mana berkisar tentang perlakuan kejam dan zalim zionis terhadap penduduk palestin. Sketsa gimik ini telah dijayakan oleh saudara Ariffuddin, Ridzuan dan Mustaqim sebagai zionis dan Hafizuddin dan Razif sebagai penduduk Palestin. Di akhir sketsa ini disusuli pula dengan bacaan doa Wehdah yang diketuai oleh Saudara Shahmi dan di ikut oleh semua hadirin yang ada pada malam itu.Program ini berakhir sekitar jam 11.00 malam. Saudara Mohd Norhafizu telah diberi menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pengacara untuk mengemudi program ini dari awal sehingga tamat.

p/s: Kami dari pihak JPP mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang memberi sokongan dalam menjayakan program pada malam ini.Semoga semangat yang cuba diterapakan oleh pihak kami dapatlah mekar dalam diri hadirin sekalian kerana kita semua umat islam adalah bersaudar,untuk itu sama-samalah kita renung hadis ini..

“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

Wallahu a`lam bi Sowab..

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com