Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, suka untuk saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa dan mahasiswi iaitu berkaitan dengan peperiksaan akhir semester yang sedang berlansung sekarang.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Pertama sekali, saya Muhamad Hazwan bin Hamidan, Exco BADAM dan mewakili seluruh saf pimpinan Biro Agama, Kerohanian dan Moral (BADAM) sesi 2010/2011 merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan yang baru-baru ini telah berjaya menyempurnakan konvokesyen sebagai bukti kejayaan mereka mengharungi sesi pengajian yang cukup mencabar. Segala penat lelah serta pengorbanan yang dilakukan selama beberapa tahun sebelum ini tentulah terbayar dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, alhamdulillah. Tahniah dan syabas juga kami ucapkan kepada para aktivis kampus yang merupakan
Musim Peperiksaan Akhir
Seperti kebiasaan, berada di minggu terakhir sebelum memasuki minggu ulangkaji (study week) merupakan minggu yang amat sibuk. Test, assignment serta projek yang perlu dihantar menyebabkan diri kita kadangkala merasa agak terbeban dan tertekan dengan situasi ini. Walau bagaimanapun, sebagai seorang mahasiswa yang berdikari, kita sepatutnya sudah pandai untuk menguruskan kesibukan yang dihadapi dengan sebaiknya. Masa sifatnya cemburu. Kalau terleka sikit, ketika itulah ia menyentakkan kita. Hargailah kelapangan masa yang ada sebaik-baiknya untuk kita membuat persiapan bagi menghadapi suasana ini.
Mohon Restu
Sebagai peringatan kita bersama, sebelum anda semua melangkah ke dewan peperiksaan, mohonlah restu daripada Allah SWT, kedua ibu bapa serta pensyarah-pensyarah. Mohon dimaafkan segala kesalahan kita dan dihalalkan apa yang diajar. Restu dipohon agar hati menjadi tenang ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti, manakala nasihat serta semangat dan dorongan yang diberikan kepada kita dapat membina keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini, insyaAllah.
Sahabat-sahabiah sekalian, harus diingat, peperiksaan adalah peluang, bukan penghalang. Peperiksaan ialah cara untuk mencari mereka yang berkebolehan, bukannya mencari mereka yang gagal. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk menunjukkan segala kemampuan dan kebolehan kita. Apatah lagi kita sebagai mahasiswa Islam, menonjolkan pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan juga merupakan perkara yang perlu untuk menunjukkan keizzahan Islam itu sendiri secara tidak langsung.
Usaha+Doa+Tawakkal=Redha
Panjatkanlah doa kepada Allah SWT agar dipemudahkan segala urusan semasa dan selepas menjawab soalan-soalan yang akan dihadapi nanti. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi peperiksaan akhir. Juga, pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. Saf pimpinan BADAM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar. Sekian, wallahua’lam.
Ma`at taufiq wannajah fil imtihan. “Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak mengamalkannya, samalah seperti keldai yang memikul kitab-kitab tebal (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah: 5)
0 comments:
Post a Comment