
Pada 28 Februari 2010 (Sabtu,) pihak Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail dengan kerjasama Jawatan Kuasa Pelajar IPGKDRI sesi 2010-2011 telah mengadakan gotong-royong memindahkan barang dari sekolah ke bangunan baru Tell-Trac.Pihak JPP dengan kerjasama 60 orang guru pelatih daripada PPISMP Semester 2 dan PISMP Semester 1 telah terlibat menjayakan aktiviti ini. Gotong-royong telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Aktiviti ini berjalan dengan lancar di atas kerjasama yang telah diberikan oleh guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti ini. Pihak institut dan JPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Kerjasama anda amatlah kami hargai. Semoga hasil keringat anda mendapat barakah daripada ILAHI.
0 comments:
Post a Comment