Pages - Menu

December 04, 2012

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 


' Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan' 




Sabda Rasullullah s.aw.: 

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”.

[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

   Semoga kita di berkati Allah dunia dan akhirat.

Nasihat untuk para pelajar:
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, seorang pelajar terlebih dahulu hendaklah mengkaji keadaan atau zuruf yang sesuai. Sebagai pelajar adalah perlu mengambil kira masa dan tempat belajar, agar ianya tidak mengganggu proses pembelajaran dan ‘tahsilul ilmi’ yang bermanfaat. Serta jangan menjadikannya suatu alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab Jangan kerananya kita berada di dalam masyarakat yang hidup liar dan bebas kerana sudah pasti perkahwinan merupakan suatu wasilah untuk menyelamatkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. 

Mereka yang telah melaksanakan sunnah ini hendaklah bersabar dalam menghadapi karenah pasangan masing-masing. Bagi yang hidup berjauhan pula, bersabarlah atas perpisahan yang sementara ini, jangan kerana suami/isteri kita mengabai dan meninggalkan pelajaran. Manakala seorang pendakwah pula hendaklah lebih gigih lagi dalam kerja dakwahnya, jangan menjadi orang yang gugur (al-mutasaqit) dari medan dakwah kerana sayang untuk meninggalkan isteri.



Allah swt telah mengingatkan kita melalui firmannya yang bermaksud: 

{Wahai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri mu dan anak-anak mu ada yang menjadi musuh bagi mu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka, dan jika kamu maafkan, tidak memarahi dan mengampunkan (mereka) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya harta mu dan anak-anak mu hanyalah cubaan fitnah bagimu dan di sisi Allah pahala yang besar.}
[At-Taghabun: 14-15].

Hadiah buat para syabab yang telah mendirikan rumah tangga...


Doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:

أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.


Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.


 

Template by BloggerCandy.com