Pages - Menu

May 30, 2010

Pro Forma Kursus PISMP


Seperti semua rakan guru pelatih sedia maklum, pada semester hadapan sepasukan panel penilai dari Malaysia Qualification Agency akan datang dan membuat penilaian terhadap kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidkan Guru.

Justeru, di sini disertakan bersama maklumat berkaitan PISMP serta Pro Forma Kursus PISMP untuk dimuat turun dan diambil tindakan oleh rakan guru pelatih.

Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


Kursus Wajib

Kursus Teras
1. Pengajian Professional
2. Amalan Professional

Kursus Teras Major
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Cina
3. Bahasa Melayu
4. Matematik
5. Pendidikan Islam
6. Pendidikan Jasmani
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10. Pendidikan Muzik
11. Pendidikan Seni Visual
12. Pengajian Sosial
13. Pendidikan Pra Sekolah

Kursus Teras Elektif
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Inggeris
3. Kemahiran Hidup
4. Matematik
5. Pendidikan al-Quran
6. Pendidikan Islam
7. Pendidikan Jasmani
8. Pendidikan Kesihatan
9. Pendidikan Moral
10. Pendidikan Muzik Pra Sekolah
11. Pendidikan Muzik
12. Pendidikan Seni Visual
13. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
14. Persuratan dan Kesenian Melayu

Kursus Tanpa Kredit

*Bagi mana-mana kursus major dan elektif yang tidak tersenarai di sini, sila rujuk pensyarah jabatan berkaitan untuk mendapatkan pro forma kursus.

Sekian, terima kasih

Mohd Ridzuan bin Mohd Taib
Setiausaha Agung II, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

May 24, 2010

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru



Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.
Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.
Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

INFO: Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru
  • Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
  • Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
  • Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
  • Mewujudkan persatuan pesara guru
berita harian

May 22, 2010

Kerajaan tidak cadang laksana lesen guru: Muhyiddin

Cadangan supaya guru disyaratkan memiliki lesen perguruan hanyalah antara perkara yang dibincangkan dalam pemukiman Kementerian Pelajaran baru-baru ini dan kerajaan tidak bercadang melaksanakannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas meneliti perkara itu kerajaan mendapati cadangan supaya guru memiliki lesen perguruan sama seperti doktor, peguam, dan akauntan tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia.
"Itu hanya satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman kementerian, tapi ia tak ada apa, cuma pandangan guru besar dan guru yang mahu tekankan kualiti guru yang mengajar.
"Saya sudah teliti perkara itu dan saya berpendapat ia tidak sesuai dan tidak akan laksanakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Hari Keluarga Parlimen Setiawangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini hari.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, semalam bahawa kementerian itu sedang menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Muhyiddin berkata, kementerian itu sudah mempunyai penilaian tersendiri yang digunakan untuk meneliti kedudukan guru yang ada.

"Kalau mereka (guru) ini didapati tidak begitu baik, mereka dihantar sertai kursus, jadi soal perlesenan ini tidak berbangkit dan saya sendiri berpendapat ia tak praktikal di Malaysia.
"Banyak negara lain ada buat sistem begitu (perlesenan) tapi di sini kerana soal pendidikan ini disediakan oleh kerajaan, pendidikan percuma walaupun ada swasta. Yang peringkat swasta ada lesen sekolah, tapi tak ada lesen guru lagi," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata sambutan masyarakat tempatan dan sektor swasta terhadap pengumuman bantuan kerajaan termasuk geran pelancaran selain latihan kepada bakal guru pendidikan pra sekolah adalah amat menggalakkan.

Baru-baru ini kerajaan membuat pengumuman akan membantu sektor swasta untuk melaksanakan pendidikan pra sekolah, namun bantuan itu hanya akan diberikan kepada sektor swasta yang mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran.

Bernama

Lesen untuk guru


Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.
“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan. "Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, semalam. Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu. Mohd Puad berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru. Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. “Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.

berita harian

May 21, 2010

Perutusan Sempena Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, suka untuk saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa dan mahasiswi iaitu berkaitan dengan peperiksaan akhir semester yang sedang berlansung sekarang.





Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Pertama sekali, saya Muhamad Hazwan bin Hamidan, Exco BADAM dan mewakili seluruh saf pimpinan Biro Agama, Kerohanian dan Moral (BADAM) sesi 2010/2011 merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan yang baru-baru ini telah berjaya menyempurnakan konvokesyen sebagai bukti kejayaan mereka mengharungi sesi pengajian yang cukup mencabar. Segala penat lelah serta pengorbanan yang dilakukan selama beberapa tahun sebelum ini tentulah terbayar dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, alhamdulillah. Tahniah dan syabas juga kami ucapkan kepada para aktivis kampus yang merupakan pendokong Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 yang diketuai oleh Yang Dipertua JPP iaitu saudara Mohd Ammar bin Sauti dari unit PISMP Prasekolah semester 3 serta sahabat dan sahabiah saf pimpinan JPP yang lain yang sama-sama betungkus lumus bagi menjayakan Majlis Konvokesyen dan Sambutan Hari Guru untuk sesi kali ini. Semoga usaha kita semua menjadi inspirasi kepada guru-guru pelatih yang lain bagi meneruskan legasi dakwah dan gerak kerja murni di kampus tercinta ini, insyaAllah.





Musim Peperiksaan Akhir

Seperti kebiasaan, berada di minggu terakhir sebelum memasuki minggu ulangkaji (study week) merupakan minggu yang amat sibuk. Test, assignment serta projek yang perlu dihantar menyebabkan diri kita kadangkala merasa agak terbeban dan tertekan dengan situasi ini. Walau bagaimanapun, sebagai seorang mahasiswa yang berdikari, kita sepatutnya sudah pandai untuk menguruskan kesibukan yang dihadapi dengan sebaiknya. Masa sifatnya cemburu. Kalau terleka sikit, ketika itulah ia menyentakkan kita. Hargailah kelapangan masa yang ada sebaik-baiknya untuk kita membuat persiapan bagi menghadapi suasana ini.


Mohon Restu

Sebagai peringatan kita bersama, sebelum anda semua melangkah ke dewan peperiksaan, mohonlah restu daripada Allah SWT, kedua ibu bapa serta pensyarah-pensyarah. Mohon dimaafkan segala kesalahan kita dan dihalalkan apa yang diajar. Restu dipohon agar hati menjadi tenang ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti, manakala nasihat serta semangat dan dorongan yang diberikan kepada kita dapat membina keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini, insyaAllah.

Sahabat-sahabiah sekalian, harus diingat, peperiksaan adalah peluang, bukan penghalang. Peperiksaan ialah cara untuk mencari mereka yang berkebolehan, bukannya mencari mereka yang gagal. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk menunjukkan segala kemampuan dan kebolehan kita. Apatah lagi kita sebagai mahasiswa Islam, menonjolkan pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan juga merupakan perkara yang perlu untuk menunjukkan keizzahan Islam itu sendiri secara tidak langsung.


Usaha+Doa+Tawakkal=Redha

Panjatkanlah doa kepada Allah SWT agar dipemudahkan segala urusan semasa dan selepas menjawab soalan-soalan yang akan dihadapi nanti. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi peperiksaan akhir. Juga, pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. Saf pimpinan BADAM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar. Sekian, wallahua’lam.

Ma`at taufiq wannajah fil imtihan. “Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak mengamalkannya, samalah seperti keldai yang memikul kitab-kitab tebal (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah: 5)



Biro Agama, Kerohanian dan Moral (BADAM)
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2010/2011

May 18, 2010

KPM perlu ada kerangka penilaian lebih komprehensif: Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan agenda pendidikan termasuk di dalam kegiatan sukan.

Menurut Menteri Pelajaran, kementerian sewajarnya berkemampuan memberi laporan prestasi di dalam bidang-bidang lain selain akademik termasuk sukan.
"Dengan ini, pandangan yang mengatakan KPM terlalu menumpukan kepada bidang akademik sahaja dapat disangkal atau ditangani," katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke-52 2010 di Stadium Larkin, hari ini.
Di antara aspek yang diberikan penekanan di dalam rancangan transformasi pendidikan yang bakal dilaksanakan tahun depan, katanya, adalah perubahan di dalam kurikulum sekolah supaya ia lebih menyeronokkan dan menarik.

Sukan menurut Muhyiddin, mampu memberikan impak yang besar kepada proses transformasi ini selaras dengan Falsafah Pendidikan untuk melahirkan pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Beliau berkata, selaras dengan rancangan transformasi pendidikan itu maka dasar satu murid mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan.

Dasar itu, kata Timbalan Perdana Menteri, dilaksanakan untuk mengembalikan kemeriahan sukan sekolah.
"Dasar ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sukan memang merupakan aktiviti wajib di kalangan pelajar sekolah. Ianya bersesuaian dengan naluri dan keperluan tumbesaran kanak-kanak yang tidak boleh dinafikan," katanya.

Mengulas Kejohanan Balapan dan Padang MSSM tahun ini, beliau berkata, kejohanan yang merupakan sebahagian daripada program Sukan Prestasi Tinggi di Sekolah, merupakan medan terbaik kepada atlet sekolah untuk mempamerkan kebolehan serta kehandalan masing-masing.

Muhyiddin juga berkata, Malaysia yang akan menjadi tuan rumah kepada Asean School Games yang kedua pada Julai ini perlu menyediakan atlet dengan rapi supaya mampu menjuarai temasya itu. - Bernama

Temuduga Terbuka KPLSPM Bagi Pemohon Di Pedalaman Sabah, Sarawak



Buat pertama kalinya pemilihan calon bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) diadakan secara temuduga terbuka bagi memberi peluang kepada mereka terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses untuk memohon secara online.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, temuduga telah diadakan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun di Sungai Asap dan Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pelajaran Daerah Marudi di Baram, Sarawak manakala di Sabah pula temuduga akan diadakan pada 24 Mei di Pejabat Pelajaran Daerah Nabawan, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau dan Pejabat Pelajaran Daerah Pitas.

"Sebelum ini, kursus KPLSPM ini hanya boleh dipohon melalui talian, dan temuduga terbuka itu adalah projek rintis dalam usaha kerajaan merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan kawasan pedalaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dijangkakan lebih 30 orang calon akan hadir di setiap tempat temuduga dan mereka akan menjalani tiga tahap ujian iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), Temuduga Kumpulan dan Temuduga Individu sebelum dipilih ditahap seterusnya, kata beliau.

BERNAMA

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru



Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.
Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.

“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.

“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.
Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.

Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.

Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’

Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya.

berita harian

Mekanisme agih ganjaran guru cemerlang perlu jelas



NUTP risau cetus pertikaian, tidak puas hati sesama rakan sekerja

Pertubuhan guru menyokong inisiatif kerajaan menyediakan ganjaran wang tunai kepada pendidik yang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), mulai tahun ini, tetapi meminta Kementerian Pelajaran menggariskan mekanisme pengagihannya secara jelas bagi mengelak timbul pertikaian sesama rakan sekerja di sekolah kelak.
Selain itu, mereka juga berpendapat, peluang meraih ganjaran itu terbuka sama rata antara guru di semua sekolah, termasuk yang tidak memiliki kemudahan lengkap di kawasan luar bandar, melalui penggunaan daya kreativiti untuk mencapai prestasi cemerlang ditetapkan.
Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya jangan mempunyai persepsi negatif bahawa guru terlalu dimanjakan berikutan pemberian insentif istimewa itu kerana hakikatnya ganjaran itu masih tidak setimpal dengan pengorbanan dan beban tugas berat yang dipikul mereka.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata guru berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan ganjaran menerusi tawaran baru itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 di Pahang, kelmarin.

“Kementerian perlu menetapkan mekanisme pengagihan seragam untuk semua sekolah, termasuk dalam menangani beberapa senario berlainan antara guru seperti dari segi perbezaan beban tugas, supaya tidak tercetus pertikaian atau saling tidak berpuas hati mengenai ganjaran diperoleh,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, berkata tidak mustahil untuk sekolah di luar bandar dan pedalaman mencapai KPI ditetapkan jika seluruh warganya sedia berubah, saling bekerjasama erat, serta bersikap proaktif dengan memanfaatkan kreativiti secara optimum.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata matlamat sekolah mencapai prestasi cemerlang memerlukan usaha berterusan, selain mendapat kerjasama seluruh warganya dan juga sokongan ibu bapa.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata secara keseluruhan, insentif itu masih tidak setimpal dengan beban kerja guru yang semakin berat.

Namun, kami tetap bersyukur dan guru bukan mengharapkan imbuhan atau kenaikan pangkat semata-mata, tetapi menginginkan persekitaran tempat kerja ditambah baik supaya lebih selesa serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran, katanya.

berita harian

May 17, 2010

Dasar MBMMBI tetap diteruskan tahun depan: Muhyiddin

Kerajaan akan tetap meneruskan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang dijangka bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jika perubahan dilakukan, akan menimbulkan banyak masalah dan menunjukkan kerajaan tidak konsisten daripada segi dasar.
"Kita mahu ibu bapa memberi peluang kepada kementerian untuk melaksanakan dasar itu terutama daripada segi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kerana itu antara perkara yang menjadi perhatian," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan sesetengah sekolah termasuk ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Pada 25 November tahun lalu, Muhyiddin berkata, dasar MBMMBI akan mula dilaksanakan pada 2011, iaitu setahun lebih awal daripada yang dijadual.

Menerusi dasar itu, mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil selepas memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kerajaan turut mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan mengumumkan pelbagai langkah transformasi untuk mengukuhkan bahasa Inggeris, seperti menambah jadual waktu pembelajaran bahasa tersebut termasuk pengambilan tenaga terlatih dalam bidang itu bagi membimbing pelajar atau tenaga pengajar.

"Cara pengajaran bahasa Inggeris juga akan disampaikan dengan cara lebih menyeronokkan. Kita telah pun membuat ujian dan kita lihat (hasilnya) amat baik," katanya.

Beliau berkata, buku teks Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia bagi tahun pertama pelaksanaan dasar itu juga telah siap.

Katanya, secara keseluruhan, persiapan bagi pelaksanaan program itu kini berada di peringkat akhir.

"Saya telah pun mempengerusikan mesyuarat tentang itu pada dua minggu lepas di mana kita sudah pun bersedia. Sekarang ini adalah di peringkat penyediaan buku-buku teks untuk tahun pertama yang kita telah umumkan," katanya.

Bernama

NUTP Sambut Baik Ganjaran Kewangan Kepada Guru



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini menyambut baik dan menghargai pengumuman ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Presidennya Hashim Adnan ketika dihubungi Bernama berpendapat ia akan menjadi galakan untuk mereka bekerja keras supaya matlamat itu tercapai.

Bagaimanapun, katanya satu formula atau mekanisme terbaik perlu diwujudkan dahulu supaya pemberian ganjaran itu seragam dan adil bagi semua pihak yang bakal menerimanya.

"Contohnya bagi peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah), sekolah pertama mendapat keputusan lulus semua (gred) A, sekolah kedua pula mendapat lulus tetapi semua (gred) C, adakah kita nak bagi ganjaran kepada semua guru dalam angka yang sama iaitu RM900...jadi itu tidak begitu adillah.

"Contoh kedua pula, bagi cikgu yang mengajar Bahasa Melayu setiap hari berbanding cikgu pendidikan jasmani yang hanya mengajar seminggu sekali, takkan nak bagi duit yang sama banyak (kepada kedua-dua guru), tentu akan ada guru yang rasa tidak adil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini. Muhyiddin berkata pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900.

Hashim berkata satu sistem pemantauan penempatan yang lebih cekap dan adil diwujudkan secara atas talian (online) bagi mengatasi masalah guru yang bertugas di pedalaman yang diumumkan Muhyiddin juga sangat dihargai pihaknya.

"Dengan sistem pemantauan yang lebih cekap dan adil ini, guru yang ditempatkan di kawasan luar bandar yang terpencil tidak akan disisih atau diabaikan.

"Sistem pemantauan itu juga akan memastikan mereka yang telah lama berkhidmat di kawasan itu diberi peluang bertugas di bandar pula," katanya.

BERNAMA

Sekali menjadi guru, selamanya kita Guru

Oleh: Riduan Mohamad Nor

“Selamat Hari Guru….jasamu tetap dikenang seumur hidup”.” Selamat menyambut hari guru, terimakasih kerana pernah menabur ilmu untuk kami”.

Inilah puluhan mesej yang saya terima hari ini dan mungkin ratusan untuk minggu ini, sempena Hari Guru, 16 Mei. Malangnya, tanpa hadiah kecil dan kuntuman bunga segar diatas meja .

Ada rasa hiba yang menerkam ruang sempit dada, malah mesej ringkas yang diterima menyeruak kembali pengalaman menjadi pendidik selama belasan tahun di Lembah Kelang ini.

Sayangnya ramai bekas anak-anak murid saya tidak tahu saya telah melepaskan jawatan secara rasmi sebagai guru, namun sekali kita menjadi guru, seumur hidup kita adalah guru.

Saya melepaskan jawatan untuk memberikan lebih perhatian kepada kerja amal Islami yang telah saya telusuri hampir dua dekad ini.

Hasan al Banna, Sheikh Ahmad Yasin, Said Ramadhan, Pak Natsir, HAMKA, Khalid Mas’al, Saed Siyyam, Said Hawwa, Dr Zulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin , Ustaz Fadhil Noor dan ribuan yang lain aktivis Islam ialah para guru yang mendidik dan membina manusia. Mereka semua melepaskan jawatan demi dakwah dan perjuangan Islam.

“Saya akan terus mendidik selagi mana ada nafas, tetapi untuk masyarakat umum, pelbagai lapisan, jika rindu pada sekolah, masuk ke sekolah untuk program motivasi” janji saya pada kak Aminah sebelum melangkah girang, keluar daripada pagar sekolah.

Melepaskan seribu bebanan tugas rutin yang menambat potensi diri untuk mara sebagai aktivis. Menghela nafas merdeka dengan segudang pengalaman sebagai pendidik muda sekaligus aktivis dakwah.

Kepada teman-teman pendidik yang masih akrab dengan buku rekod, papan putih, kursus dalaman , folio pelajar, teruskan jihad kalian untuk memberikan pencerahan kepada generasi muda kerana ditangan mereka terletak masa depan Islam yang gemilang.

Saya diserbu kenangan yang menggamit perasaan yang bercampur , malah dihempap dengan segunung rasa bersalah apabila mengenangkan kembali masa silam terutama tahun-tahun awal sebagai pendidik.

Ya, seorang anak muda yang sarat dengan idealisme, yang melihat dunia dengan dikotomi hitam putih, iman dan kufur, Islam dan jahiliah.

1998: Goh : Remaja Hilang Bentuk, Melakar Masa Depan Niaga

“ Kamu ikut saya ke surau!” jerkah saya pada seorang pelajar Cina yang bernama Goh, mata saya melotot merah saga. “ kamu degil, kepala batu, ini semua sebab gemar makan bab……” hina saya pada Goh, tanpa berbasa basi.

Sebelum itu Goh dikurung dibawah meja saya didalam bilik guru lelaki. "Lokap ustaz Wan” gelar guru lelaki, tidak ada yang membantah dengan jeriji kecil impian saya di VI itu.

Sekolah yang juga bekas markas Jepun itu sangat sinonim dengan tradisi penderaan dan pemerkosaan hak.

Goh ketakutan seperti anak anjing yang tersimbah air longkang. Sinar matanya mendatar, egonya diluluhlantak dengan jerkahan keras saya, diringi hayunan kaki dan tangan.

Saya pula kepuasan seperti baru membentes kaki pesaing dalam acara tomoi sedunia dan melepaskan siku kencang ke muka pesaing. Pesaing pula berkubang darah, menggeletak kesakitan.

Dia, remaja yang polos, suka bercakap lepas , selekeh ala bohemian, tajam kata-kata pada sang guru. “dia belum kenal aku” raung saya dalam hati menyombong, anak Besut yang sesat di Kuala Lumpur, Bandar metpolis yang angkuh ini. Sebelum dikurung , Goh dibelasah ‘lembik’ seperti kain buruk, semua guru diam, tidak membantah dan tidak juga menyokong.

Goh terkenal sebagai ‘taiko’ muda di sekolah dengan jaringan yang meluas didalam dan luar sekolah .Goh gambaran tipikal remaja Lembah Kelang yang teruja dengan gaya hidup samseng Hong Kong yang disensasikan dilayar perak, generasi ‘young and furious’, dadah, bertetak, menebar pesona untuk mengangkangi gadis-gadis genit yang menyihir mata.

“Kamu tengok saya sembahyang, mengapa kamu tidak minat kepada Islam , Islam agama yang baik untuk kamu” ujar saya pada Goh dengan muka yang cemberut.

Goh hidup tanpa tuhan, anak remaja ini merayakan kehidupannya , seranggi mungkin, bebas bagai kelkatu mengintai kerdipan neon malam yang mempersona.

Goh menapak longlai ke Surau, dihujung bangunan sekolah berwajah kolonial, lusuh tapi elegan. Surau itu sebenarnya ‘pot’ saya, tempat melepas lelah setelah penat dengan aktiviti politik diluar sekolah, berlanglang buana ke seluruh negara untuk meruntuhkan hegemoni daulah.

Dengan dua bilik yang selesa untuk mengambil tenaga yang terkuras.Saya menyimpan rapi kuncinya, dengan sejadah lusuh sebagai bantal yang paling mendamaikan mimpi –mimpi rusuh aktivis politik oposisi.

Saya dan pelajar muslim solat zuhor berjemaah. Rutin kami jika saya tidak berkuliah zuhor di Lembah Kelang. Goh seperti taukeh getah kalah judi duduk terperuk dihujung pintu surau.
Terjelepuk sambil membilang jari, matanya terus meliar ke arah kami yang berzikir sebelum berdoa. Mata saya tidak terlepas memandang Goh, sesekali dia menguap kemalasan. Hati saya jengkel bercampur kasihan.

“ Ustaz, nanti besar saya mahu masuk Islam, boleh ke?” kata Goh bergetar. Saya merenung jauh kedalam mata sepet goh, seperti angin berlalu, saya tidak melihat ada kesungguhan melainkan untuk mencairkan hati saya, menjinakkan bongkah kemarahan.

“Boleh, nanti kamu belajar dengan kawan-kawan Melayu tentang Islam” jawab saya malas. Goh berkawan rapat dengan budak-budak Melayu, pengaruhnya besar terhadap pelajar menengah rendah.

Beliau pandai memposisikan diri sebagai kesatria barisan hadapan, jika ada acara kecoh bertumbuk maka dialah paling kehadapan.” Dah , pergi balik” herdik saya pada Goh, tergesa-gesa Goh menghilangkan diri, seperti keretapi ekspres malam.

Dia menciut dibelakang pelajar muslim lain. Pelajaran moral hari itu ialah jangan permainkan guru, Goh mendapat pengajaran yang membekas tajam, mungkin untuk seumur hidup. Itu pun , jika beliau tidak pernah diinterogasi pihak polis atas kesalahan jenayah berat.

“Mengapa ustaz mengamuk tadi, Goh buat apa?, memang budak tu selalu cari pasal” tanya Cikgu Zuraidi , anak muda kelahiran negeri ‘cik siti wan kembang’ itu menjaring soalan, menebak punca kekecohan di sekolah hari itu.

Dia guru penyokong tegar reformasi, setia di jalanan di hujung minggu. Sudah kalih dihambat aparat keamanan bertopi merah di Jalan Tunku Abdul rahman.

“Tak, budak itu , mengembek macam kambing kat hujung kelas, nak perli janggut ana la tu, kurang ajar sekali” jawab saya malas.

Bersusun kesalahan Goh sebenarnya jika nak disenaraikan, dia pesalah konsisten undang-undang sekolah.

Mempunyai bakat terpendam dalam menyusun makar paling sarkastik, terbit dari sisi gelap otaknya yang sentiasa merancang. Nanar sekali demi mencuri perhatian warga sekolah.

GOH menjelma kembali

Beberapa tahun selepas menamatkan alam persekolahan, Goh datang menziarahi saya kembali, penampilannya jauh berbeda. Dengan kereta bergengsi dan pakaian yang rapi , anak muda ini berjaya dalam perniagaannya yang pelbagai.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya disusun rapi, santun dan bervisi. Goh sentiasa bertanyakan khabar saya pada guru yang lain, jika melawat sekolah.

Saya terharu, rasa tertampar dengan sikap ego dan mazmumah yang menggebu terhadap Goh.Saya gagal sebagai guru muslim untuk seorang pelajar Cina yang luarbiasa nakalnya. Kepongahan tidak membantu dalam berdakwah dan menarik manusia.

Pelajaran moral yang pertama ialah, jangan memandang rendah pelajar kita, apa pun kesalahn dan latar sosial mereka, semua manusia ada potensi untuk berubah dan berjaya dalam hidup.

Hari ini setelah berbelas tahun , saya sangat merindui sosok remaja seperti Goh. Beliau mengajar saya erti guru yang penyabar dan mendepangkan dada serta telinga untuk mendengar.

Kalaulah Goh hari ini menjadi salah seorang anak murid saya di kelas PERKIM setiap Ahad, saya akan tekun mendidiknya untuk menjadi kader dakwah, sayang kerana saya melepaskan peluang itu belasan tahun yang lalu.

Tololnya saya pada masa itu, tanpa hikmah dunia ini kehilangan sinarnya yang indah meranum.

“Selamat Hari Guru” kepada semua pendidik, saya merindui dunia keguruan, merindui barisan anak murid yang tenang ingin menyerap ilmu. Kalaulah masa boleh diundur, saya tidak akan berdiri sebagai guru yang pongah dan melulu.

May 16, 2010

Muhyiddin Lancar Dua Buku Berkaitan Profesion Perguruan



Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dua buah buku berkaitan profesion perguruan di Festival Hari Guru 2010 di pusat membeli-belah East Coast Mall di sini.

Buku yang berjudul "Karekter Guru: Ilmu Diagung, Guru Disanjung" dan "Kerja Bukan Kerana Pangkat" adalah terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Buku Karekter Guru menghuraikan pelbagai tajuk berkaitan nilai peribadi yang perlu dimiliki guru dan bakal guru bagi meningkatkan kualiti dan nilai profesion keguruan manakala buku Kerja Kerana Pangkat memuatkan panduan untuk menjadi pekerja cemerlang tanpa mengharapkan ganjaran dan mengejar pangkat.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-63 semalam dan turut melawat gerai-gerai yang mengambil bahagian dalam festival anjuran Kumpulan Utusan itu.

Terdahulu, Muhyiddin merasmikan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini.

BERNAMA

Prof Ibrahim penerima anugerah tokoh kepimpinan pendidikan 2010



Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini.

Ibrahim adalah bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terbabit dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau sudah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.

Ibrahim berkata, bila seseorang menerima sesuatu anugerah bukan atas usahanya sendiri saja malah turut membabitkan usaha orang lain.

"Anugerah ini adalah untuk semua kaum guru yang memikul tanggungjawab yang besar mendidik anak bangsa.

"Guru mempunyai cabaran yang banyak untuk perubahan masyarakat bukan saja di negara ini malah seantero dunia," katanya pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Sementara itu, empat bekas guru, Awang Mohamad, 59; Encharang Agas, 66; Datuk Chuang Keng Kung, 72, dan Ainun Jamilah Mohd Ali, 60, pula telah dipilih bagi menerima anugerah Tokoh Guru 2010.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan anugerah Tokoh Guru 2010 itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Salah seorang penerima Tokoh Guru berkenaan, Awang Mohamad amat berbangga dengan anugerah yang diterima itu.

"Tahun demi tahun saya lihat upacara pelancaran ini semakin hebat dan ini adalah satu manifestasi kepada lebih 400,000 guru dan 7,000 Guru Besar seluruh negara," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengharapkan anugerah Tokoh Guru itu dapat diperluaskan lagi kerana nisbah empat penerima dengan jumlah guru yang ada amat sedikit.

Kesemua pemenang berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala serta sijil penganugerahan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika berucap pada majlis itu berkata, kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti.

Katanya, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme keguruan, agendanya bukan hanya sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata.

"Ianya turut bergantung kepada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru. Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap profesion ini yang akhirnya, akan menentukan sejauh mana profesion keguruan akan terus dihormati dan dipandang tinggi," katanya.

Pendidik juga katanya, hendaklah sentiasa bersedia untuk berubah dari satu tahap amalan kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi.

- Bernama

Muhyiddin Umum Ganjaran Wang Tunai Untuk Guru



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.

Muhyiddin berkata ganjaran kewangan itu tidak terbatas hanya sekali sahaja untuk setiap sekolah: "Kalau sekolah itu meneruskan usahanya untuk tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran itu,".

Beliau berkata ganjaran kewangan itu akan diteruskan setiap tahun dan bagi tahun ini, pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyidin turut mengumumkan beberapa inisiatif lain kepada golongan pendidik.

Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.

"Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran," kata Muhyiddin.

Beliau berkata Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang menimbangkan pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat berasaskan pencapaian yang lebih baik kepada mereka yang benar-benar menunjukkan kebolehan.

Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan," kata Muhyiddin.

Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.

"Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.

"Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki," katan Muhyiddin.

Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi.

-- BERNAMA

HADIAH UNTUK GURU



Lebih 20,000 guru, termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) serta guru besar dijangka menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain yang akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Hari Guru peringkat kebangsaan yang disambut di Kuantan, hari ini. Selain itu, pelbagai insentif lain juga dijangka diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran termasuk langkah mengurangkan beban kerja yang selama ini ‘menghantui’ golongan ini.

Sumber berkata, kenaikan pangkat yang membabitkan kategori DGA32 hingga DGA54 turut merangkumi pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.

Katanya, ketika ini guru besar bukan siswazah di sekolah kurang murid kebanyakannya memegang gred DGA32 manakala guru besar di sekolah gred A, DGA34.

“Bagi sekolah menengah, kebanyakan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) berada dalam gred DGA44 berbeza dengan PK Pentadbiran dalam gred DG48. Mungkin ada penyeragaman pangkat di antara mereka,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Sumber itu berkata, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan satu tawaran baru iaitu ganjaran kewangan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Selain itu katanya, ganjaran juga dijangka diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah.

Bagaimanapun katanya, Muhyiddin akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara berkenaan ketika mengumumkannya.

Sumber itu juga berkata, ganjaran yang diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru pula lebih kepada pencapaian dan prestasi yang dicapai sekolah mengikut ketetapan kementerian.

Mengenai beban tugas guru yang diberikan perhatian serius oleh Muhyiddin, beberapa tindakan juga dijangka diambil. Antara bebanan yang dijangka dikurangkan ialah tugas perkeranian yang sebelum ini menjadi bebanan guru sehingga mengganggu tugas hakiki mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Selain itu, katanya, kursus yang akan dihadiri guru juga akan diselaraskan supaya tidak berlaku pertindihan. Ini bagi mengelak guru yang sama mengikuti pelbagai jenis kursus yang dianjurkan.

Sumber itu berkata, pembahagian tugas di sekolah juga akan diberi perhatian dengan mengagihkan tugas secara adil bagi mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu saja.

Katanya, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan ganjaran untuk mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman yang bakal dinikmati semua guru selain mengambil kira tempoh perkhidmatan mereka di kawasan berkenaan.

“Ini bermakna guru yang lama berkhidmat di kawasan pedalaman kemungkinan berpeluang untuk mengajar di kawasan bandar begitu juga sebaliknya,” katanya.

Sumber juga berkata, pengumuman Muhyiddin itu adalah antara 10 perkara yang dibincangkan kesatuan guru dengan Kementerian Pelajaran. Namun, atas dasar penjimatan, beberapa tuntutan tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

Katanya, kementerian tidak mungkin menaikkan elaun wilayah walaupun beberapa tuntutan mengenai perkara itu sudah dibangkitkan kesatuan guru beberapa kali.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.
Dasar itu, katanya akan mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.

Ketika ini, ada 400,000 guru di seluruh negara, termasuk pengetua, guru besar, penolong kanan serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pejabat pelajaran daerah.

berita harian

May 14, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Semester Pertama 2010

Kami pihak ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Semester Pertama 2010. Kami doakan agar semua rakan guru pelatih dapat mencapai kejayaan di dalam peperiksaan tersebut.

Di sini disertakan Jadual Peperiksaan Akhir Semester Pertama 2010 yang boleh dimuat turun untuk rujukan rakan guru pelatih sekalian. Sila klik di bawah.


Sekian, terima kasih.

May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!


Najib Tanda Tangan Kad Ucapan Hari Guru

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menandatangani kad ucapan Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Ahad ini, di pejabatnya di sini.

Turut menandatangani kad itu ialah timbalannya yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet yang lain pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat mingguan Kabinet bermula.

Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24x16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet kepada khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.

Sebaik sahaja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas dengan mengucapkan "Selamat Hari Guru, cikgu...".

Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang.

-- BERNAMA



May 12, 2010

Laporan Kajian Beban Guru Siap Seminggu Lagi


Laporan jawatankuasa mengenai kajian beban guru akan siap dalam tempoh seminggu lagi, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, ahli jawatankuasa kini di peringkat akhir mengumpulkan semua maklumat sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mesyuarat akhir akan diadakan hari ini dan saya rasa dalam masa seminggu lagi semua laporan dan cadangan dapat dikemukakan kepada Menteri Pelajaran untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru di seluruh negara selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasas kerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengajar.

Sementara itu, Alimuddin berkata, sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang akan diadakan Ahad ini di Gambang, Pahang, Muhyiddin akan mengumumkan tawaran insentif baru sebagai menghargai jasa dan prestasi pengetua serta guru besar berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

"Insentif baru itu akan turut meliputi guru kerana mereka turut menyumbang kepada prestasi dan pencapaian sekolah masing-masing, sama ada di bandar atau luar bandar. Ini adalah antara perkara menarik untuk guru sempena Hari Guru tahun ini. Pengumumannya akan dibuat sendiri oleh menteri dalam sambutan Ahad ini," katanya.

-BERNAMA

May 10, 2010

Dasar Baru Komprehensif Untuk Guru Diumum Ahad Ini


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata dasar itu dijangka mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar daripada segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.

"Kementerian sedang menimbang untuk menambah baik dasar bagi guru yang mengajar di pedalaman yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi," katanya pada majlis dialog dengan guru dan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Menengah Sacred Heart di sini hari ini.

Muhyiddin berkata satu kajian perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar kerana ia juga harus mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara termasuk 1,500 di Sarawak.

Mengenai pengambilan ke maktab perguruan, beliau berkata kerajaan mungkin menimbang mengambil penduduk tempatan di kawasan-kawasan yang amat memerlukan tenaga guru di Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan masalah penempatan guru dan kos pengangkutan.

Sambil mengingatkan semua guru supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi, Muhyiddin berkata kementerian tidak mengamalkan diskriminasi dalam penempatan guru berkelayakan dan berkemahiran di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung Malaysia.

-BERNAMA

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DITOLAK SOLATNYA OLEH ALLAH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya''.

Rasullullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud:
''10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/ menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiyai.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perubatan keji dan mungkar.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

''Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesunggunya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT ".

shamatun.blogspot.com

May 09, 2010

Gempa bumi 7.4 landa Acheh


Gempa bumi pada skala 7.4 ricter menggegar Acheh awal petang ini dan gegarannya turut dirasai di Pulau Pinang dan utara Perak termasuk disekitar Parit Buntar.

Pusat gempa itu adalah 214km dalam laut di selatan Banda Aceh, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat dan berlaku pada kira-kira jam 1 tengahari tadi. Ia berlaku pada kedalaman 61.4km.

Ekoran itu, amaran tsunami telah dikeluarkan untuk daerah berkenaan.

Kawasan gempa ini sangat hampir dengan gempa yang berlaku pada tahun 2004 lalu dengan kekuatan 9.2 ricter. 170,000 maut akibat tsunami yang melanda Aceh ekoran gempa itu.

Ekoran kejadian hari ini, media melaporkan beberapa rumah telah rosak akibat gempa kali ini.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kebimbangan tsunami berlaku sebagaimana tahun 2004 lalu.

SELAMAT HARI IBU!!!


Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara. Ibu berperanan besar dalam menentukan corak dan kehidupan generasi mendatang kerana kebiasaannya ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya juga berperanan dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara.

Persekitaran yang mendorong pembentukan ibu-ibu yang sejahtera merupakan asas kepada sesebuah keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Kegagalan prasarana yang asas itu akan mengakibatkan berbagai negativiti sosial yang merugikan sesebuah negara bukan sahaja dari perspektif sosial tetapi juga ekonomi, kewangan, dan segala aspek pembangunan negara yang berdaya tahan (sustainable development).

Kegagalan membentuk ibu-ibu yang sejahtera akan melahirkan juga generasi yang bermasalah dan merugikan masyarakat dan negara.

Peranan ibu hanya merupakan separuh dari tanggungjawab sepenuhnya terhadap menentukan pembangunan anak-anak, keluarga, masyarakat serta negara. Separuhnya lagi adalah rakan kongsi ibu, iaitu bapa.

Keduanya harus diingati di hari ini sebagai gandingan yang tidak boleh dipisahkan dalam mencapai sebarang agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Kedudukan dan peranan keduanya setakat ini hanya di lihat dalam soal mengawal tabiat dan kelakuan anak-anak supaya tidak mengganggu sesuatu acara atau majlis atau memastikan anak-anak mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik atau tidak menambah kepada statistik penagihan dadah, gejala lepak, rempitan, dan yang terkini supaya memastikan anak-anak tidak ditembak oleh polis dengan sengaja atau seumpamnya.

Para ibu dan bapa kini mengharapkan suatu dasar negara yang boleh menyelamatkan kehidupan kekeluargaan, yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak, aset negara yang paling berharga.

Dalam suatu kajian di Amerika, nilai ekonomi penjagaan anak-anak sahaja ialah hampir RM30 bilion, tidak termasuk hal-hal pengurusan rumahtangga yang lain. Dalam ukuran GDP keseluruhan nilai dikatakan melebihi 50% GDP. Fakta tersebut tidak disebut dalam mana-mana dokumen penting kerajaan berkenaan. Sustainable development dan keutuhan sesuatu bangsa dan negara itu adalah bergantung kepada sektor informal yang didokong oleh para ibu khususnya.

Pengukuhan dan kemantapan kehidupan sosial, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia bergantung kepada sejauh mana kerajaan berjaya melaksanakan tuntutan mewujudkan persekitaran dan prasarana yang bersesuaian bagi para ibu agar mereka mampu melaksanakan tugasan mereka di dalam dan di luar rumah serta memberi sumbangan terbaik kepada seluruh aspek pembangunan fizikal, spiritual, intelektual dan ekonomi negara.

Ibu sejahtera, Malaysia berjaya.

Untuk semua ibu tersayang, Selamat meyambut Hari Ibu 2010


Fatwa: Hukum Merayakan Hari Ibu

Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?

Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.

Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Sumber:
http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uQ3lCv

Terjemahan oleh zain-ys

Berjabat Tangan: Tradisi atau Anjuran Agama?


Oleh : Dr. H. Rusli Hasbi, MA

Mari kita semak sebuah hadis berikut.

Dari Abi Khattâb Qatâdah ia berkata: Saya bertanya kepada Anas bin Malik, “Apakah para Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam biasa berjabat tangan?” Ia menjawab, “Ya.” (HR Bukhari)

Anas adalah seorang sahabat yang pernah tinggal bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam selama 10 tahun. Anas banyak mengetahui kebiasan para sahabat, termasuk kebiasaan mereka berjabat tangan atau mushafahah. Musafahah dalam bahasa Arab artinya memegang dengan tangan yang terbuka penuh. Adanya kebiasaan ini menunjukkan bahwa berjabat tangan merupakan tradisi yang telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah. Tradisi ini kemudian menjadi anjuran agama berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.

Asal Usul Tradisi Jabat Tangan

Sebenarnya budaya jabat tangan bukanlah budaya masyarakat Mekkah ataupun Madinah, tetapi merupakan adopsi dari budaya Yaman. Argumen ini didasari sebuah Hadits dari Anas r.a. yang menyatakan bahwa sekelompok orang negeri Yaman mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan mereka saling berjabat tangan dengan kaum muslimin. Rasulullah bersabda, “Kini telah datang penduduk kota Yaman dan merekalah orang-orang yang pertama kali datang dengan berjabat tangan”. Dengan demikian, kebiasaan berjabat tangan bukan budaya asli penduduk Mekkah ataupun Madinah, tetapi sudah ada pada masa Rasulullah dan diakui oleh beliau. Sesuatu yang diakui beliau merupakan Sunnah atau anjuran agama.

Hikmah Berjabat Tangan

Allah sangat menghargai setiap perbuatan baik yang dilakukan dengan ikhlas. Berjabat tangan merupakan perbuatan baik yang akan diganjar pengampunan dari-Nya, sebagaimana disebutkan dalam Hadis berikut:

Dari al-Barra’ r.a. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “[Apabila ada] dua orang Islam yang bertemu kemudian mereka berjabat tangan, maka dosa kedua orang tersebut akan diampuni sebelum keduanya berpisah (melepaskan tangan mereka)”. (HR Abu Daud)

Pengampunan dosa itulah yang seharusnya diharapkan seorang muslim ketika ia mengulurkan tangannya kepada saudaranya seagama. Rasulullah sendiri ketika bersalaman tidak pernah melepaskan tangan sahabatnya terlebih dahulu sampai sahabat itu sendiri yang melepaskannya.

Berjabat Tangan dengan Lawan Jenis, Bolehkah?

Saya tidak setuju kalau jabat tangan dilakukan dengan lawan jenis yang bukan muhrim, karena beberapa faktor:

1.Tidak pernah ada Hadis yang meriwayatkan adanya kebiasaan berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan pada masa Rasulullah. Hadis di atas hanya menjelaskan jabat tangan secara umum;

2.Rasulullah sendiri tidak pernah melakukan hal tersebut;

3.Sebagai tindakan preventif terhadap efek negatif yang mungkin ditimbulkan dari jabat tangan, seperti timbulnya nafsu birahi karena bersentuhan kulit secara langsung dengan lawan jenis, mengetahui kekurangan ataupun kelebihan kondisi kulit tangan yang dimiliki lawan jenis, serta hal-hal lain yang sedikit demi sedikit dapat menjadi racun bagi masa depan seorang muslim/muslimah; dan

4.Berjabat tangan bukan hanya simbol dari pengampunan dosa, tetapi lebih dari itu merupakan sebuah perkenalan dan persahabatan. Ketika jabat tangan dilakukan dengan sesama jenis (laki-laki dengan laki-laki atau perempuan dengan perempuan), maknanya mereka telah menandatangani kontrak persahabatan sebagai teman sehidup semati dalam hal kesamaan agama dan akidah yang akan dipertahankan sampai mati. Kontrak semacam ini tidak wajar bila dilakukan dengan lawan jenis yang bukan muhrim atau suami isteri.

Bagaimana Tata Cara Berjabat Tangan yang Diakui Nabi?

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahwa ia berkata bahwa Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila seorang di antara kami bertemu dengan saudara ataupun kawannya apakah ia harus membungkukkan diri?” Beliau menjawab, “Tidak.” Orang tersebut bertanya lagi, “Apakah ia harus mendekap dan menciumnya?” Beliau menjawab, “Tidak”. Ia bertanya lagi, “Apakah ia harus memegang tangannya dan menjabatnya?” Nabi menjawab, “Ya.” (HR Turmuzi)

Menurut Hadis di atas, ada tiga hal yang biasa dilakukan masyarakat Arab ketika bertemu dengan sesamanya, yaitu:

1.membungkukkan badan;

2.mendekap dan mencium dengan mengecupkan mulut; dan

3.berjabat tangan.

Dari ketiga hal di atas, hanya satu yang diakui Rasulullah yaitu berjabat tangan. Namun fenomena yang terjadi sekarang adalah sebaliknya. Masyarakat kita masih melakukan ketiga hal di atas. Tidak jarang kita membungkukkan badan pertanda hormat kepada sesama, ataupun berpelukan tanpa berjabat tangan. Yang paling tidak wajar adalah melakukan ketiga hal tersebut sekaligus.

Kita harus akui bahwa sesuatu yang selama ini kita anggap sepele ternyata mendapat perhatian serius dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Saatnya bagi kita untuk merenungkan kembali apakah yang kita lakukan selama ini sudah sesuai dengan anjuran Rasulullah atau tidak.

Bolehkah Bersalaman dengan Mencium Tangan?

Jawabannya terdapat dalam Hadis berikut:

Dari Shafwan bin ‘Assal r,a., ia menceritakan bahwa ada seorang Yahudi berkata kepada kawannya, “Marilah kita pergi menemui Muhammad”. Maka keduanya pun datang menemui Nabi dan menanyakan tentang sembilan ayat. Setelah Nabi menjawab semua pertanyaan tersebut, mereka lalu mencium tangan dan kaki Nabi seraya berkata, “Kami bersaksi bahwa sesungguhnya engkau adalah seorang Nabi.” (HR Turmudzi)

Tindakan kedua Yahudi tersebut didasari oleh keyakinan mereka (setelah mendengarkan penjelasan dari Nabi), bahwa beliau adalah orang yang benar dan pantas untuk dihormati. Jawaban yang beliau berikan mampu memuaskan dan membuka mata hati mereka yang selama ini tertutup.

Dari Hadis di atas dapat kita kembangkan beberapa hal, di antaranya:

•Orang yang belum masuk Islam belum tentu musuh kita. Bisa saja mereka tidak memeluk Islam karena mereka belum mendapatkan informasi yang benar tentang agama kita.

Tunjukkan akhlak mulia kepada mereka sehingga mereka bisa melihat lebih jauh sisi baik Islam dari penganut Islam itu sendiri. Dengan demikian, mereka bisa tertarik untuk mempelajari Islam.

Yang berhak dicium tangannya hanyalah mereka yang punya kelebihan dalam ilmu pengetahuan, khususnya ilmu agama.

•Diperbolehkan mencium tangan orang-orang yang mempunyai hubungan darah atau hubungan keluarga, seperti anak mencium tangan kedua orangtua atau kakek dan neneknya, menantu mencium tangan mertuanya, dan sebagainya.

•Tidak diperbolehkan mencium tangan orang asing yang tidak dikenal dan orang yang senang berbuat maksiat kepada Allah. Kesalahan yang sering dilakukan oleh para orangtua adalah memaksakan anaknya mencium tangan orang-orang yang tidak mereka kenal, hanya supaya dianggap sebagai anak yang sopan.
Bersalaman Setelah Shalat, Bolehkah?

Bersalaman setelah shalat sering dilakukan terutama di Indonesia. Kadang-kadang, mereka bersalaman dengan antrian yang sangat panjang sehingga menyulitkan dan mengganggu keleluasaan jamaah lain dalam bergerak ataupun berzikir. Apakah itu termasuk bahagian dari agama? Saya belum pernah mendapatkan satu dalil pun, baik ayat Al-Qur’an maupun Hadis yang membahas hal tersebut. Namun berhubung ada hadis yang menganjurkan berjabat tangan, maka bersalaman setelah shalat diperbolehkan sebatas tidak mengganggu dan menyulitkan jamaah yang lain.

Satu hal yang perlu kita ingat adalah bahwa berjabat tangan itu bukanlah kewajiban agama yang harus dilaksanakan oleh semua orang. Amalan seperti ini bersifat anjuran. Karena itu, kita tidak boleh berprasangka buruk kepada orang-orang yang tidak berjabat tangan dengan kita.

http://ruslihasbi.wordpress.com

 

Template by BloggerCandy.com