Pages - Menu

March 29, 2010

Kuliah Maghrib (Ahad, 29/3/2010): Balasan Meninggalkan Solat


Balasan Meninggalkan Solat:

Kuliah pada malam ini menumpukan balasan azab kubur terhadap golongan yang meninggalkan solat. Antara azab-azab pedih yang dilalui oleh golongan ini ialah disempitkan akan kuburnya, kubur golongan ini akan digelapkan, dan malaikat dan ular naga akan menyeksa golongan yang meninggalkan sembahyang. Ular yang menyeksa golongan ini dikatakan mempunyai kuku besi.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.


2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

March 18, 2010

MUSIM-MUSIM ASSIGNMENT SEKARANG NI, ELOK JUGA BACA YANG NI...



tips untuk menyiapkan sesuatu assignment/ tugasan dengan baik.

1. paling utama mesti memahami kehendak soalan serta arahan2 yang diberikan di dalam soalan mengikut format IPT masing2.. bimbang nanti, lain yang ditanya, lain pulak yang kita huraikan.

2. menepati kehendak soalan. kalau soalan kata jgn melebihi 15 muka surat, jgn pandai2 membuatnya sehingga 50 muka surat dgn hasrat kunun2nya boleh dapat markah extra. selain tu sila berikan perhatian terhadap, spacing, jenis dan saiz font yang diarahkan.

3. tengok deadlinenya betul2, supaya senang merancang proses kerja.

4. menyiapkannya mengikut kaedah penulisan akademik sebenar seperti menggunakan format APA (sila klik) utk menyediakan bibliografi kengkawan.

5. cover tugasan tu buat simple aje lah mengikut formality akademik. tak perlu guna macam2 kertas berbunga utk cover atau guna mcm2 artwork serta guna comb binding! kunun2 utk cantik la ya? hehehe…tak payah kecuali 'diarahkan'. yg penting isi. bahan ilmiah mana ada fancy2, just direct to the point! majalah utk remaja ok lah.

6. realistic & jangan membazir. bersederhana. maksudnya, bersikap rasional bahawa bahawa assignment kita tu bukan pemeriksa nak simpan pun… kita je yang syok sendiri. yang penting menepati kehendak soalan. seelok2nya binding 1 salinan utk personal berserta softcopy. nanti boleh jilidkan sebagai koleksi peribadi.

7. manfaatkan kemudahan IT spenuhnya termasuk digital library & website untuk document sharing. cuba explore betul2 kemampuan kita menjejak maklumat.

8. alignment hendaklah dijustifikasikan di sebelah kiri dan kanan assignment kengkawan supaya tugasan kelihatan kemas.

9. petikan (quotation) atau nota kaki wajib ada bagi menyokong hujah anda & mengelakkan tugasan kelihatan seperti plagiat.

10. jangan lupa isi kandungan di bahagian awal isi assignment kengkawan.

11. nombor muka surat seelok2nya diletakkan di bahagian bawah muka surat sama ada di sebelah kanan atau tengah.

12. patuhi saiz margin yang ditetapkan oleh pusat pengajian atau IPT anda.

13. gunakan system nombor yang konsisten untuk pembahagian setiap sub topic.

14. bagi soalan berbentuk essay, (sila klik) pastikan secara basicnya mengandungi pengenalan, beberapa isi perbincangan dan kesimpulan.

15. ‘bandingkan’ bermaksud kengkawan perlu menyatakan pro, contra dan suggestion.

16. check spelling, grammar & punctuation. bukan payah pun… guna spell ckecker kat word je!

selamat mencuba!!!

sumber: SOHOCONSULTATION

Sukan sekolah diperkasa 2011


Kegiatan jadi bahagian khusus, dipisahkan daripada seni, kokurikulum

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara lain yang diputuskan ialah menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum. “Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.

“Sebelum ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah. Bermula tahun depan, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di Bangunan Parlimen.

Muhyiddin berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.

Katanya, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.
“Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

“Cara ini untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlit, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah pembabitan pelajar dalam bidang pasukan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung dasar pendidikan seks di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal yang berkaitan.

“Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah negara yang sudah memperkenalkan (dasar ini) dan juga pakar yang ada di kementerian,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah sudah dibincangkan oleh banyak pihak.

“Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham yang ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

“Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media saja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya,” katanya.

oleh: berita harian

March 15, 2010

Chong Wei takluk edisi ke-100



KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu.
Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966). Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit. Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19. Tine Rasmussen dari Denmark muncul juara perseorangan wanita menewaskan pilihan pertama dari China, Wang Yihan dari China, 21-18, 18-21, 21-19.

March 11, 2010

CAJ WAD DIMANSUH



Kakitangan, pesara awam dikecuali bayaran di hospital kerajaan mulai 1 April

Kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, tidak akan dikenakan bayaran wad, berkuat kuasa 1 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan bayaran itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.


"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Beliau berkata, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi Gred 45 hingga 54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).
Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah juga berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, manakala kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ketika ini, perkhidmatan awam mempunyai 1.2 juta kakitangan dan pesara seramai 450,000 orang.

Ismail berkata, jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar dikenakan ke atas orang awam.


"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan," katanya.


Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan.
Ismail berkata, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.


Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, ketika dihubungi merayu supaya ibu bapa golongan pesara turut diberi pengecualian kerana ia tidak membabitkan kos tinggi untuk ditanggung kerajaan.

berita harian

Kasihanilah guru di pedalaman





DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.

Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan kawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini keadaannya sangat perit.

Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.

Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.

Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.

Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama berhari-hari.

Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.

Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan tanah merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban, elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula.

Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan.

Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke luar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang diminta.

Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga khususnya guru-guru di luar bandar.

Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar.

utusan malaysia

SELAMAT BERCUTI...

kami dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. diharap para pelajar dapat memanfaatkan cuti selama satu minggu ini dengan sebaik mungkin.

bagi yang pulang ke kampung dengan memandu kenderaan, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan dan pandulah dengan berhati-hati.

kepada pelajar yang akan pulang daripada BIG pada esok hari iaitu unit PISMP Kajian Sosial 1, Kajian Sosial 2, Pengajian Islam & Bahasa Melayu semester 1, diharap anda dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman daripada program yang telah anda jalani.

selepas cuti ini pula, suasana di IPG mungkin akan kembali suram kerana pelajar-pelajar PISMP semester 5 akan memulakan praktikum mereka selama sebulan manakala pelajar PISMP semester 1 pula akan menjalani PBS selama satu minggu.

semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia.

March 04, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG akan diadakan pada:

Tarikh :7 Mac 2010
Tempat : Dewan Al- Farabi
Masa : 8.00 pagi - 9.30 pagi
Penceramah : Tn. Haji Ismail b. Yusof


Para pelajar dikehendaki mematuhi kod etika pemakaian seperti yang berikut:

Lelaki : 1)Baju Melayu Lengkap Bersamping
2)Berkasut Hitam


Perempuan : 1) Baju Kurung
2) Berkasut Hitam


Kerjasama anda amatlah kami hargai.
Terima kasih.
 

Template by BloggerCandy.com