Pages - Menu

February 28, 2010

TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN ANDA


Pada 28 Februari 2010 (Sabtu,) pihak Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail dengan kerjasama Jawatan Kuasa Pelajar IPGKDRI sesi 2010-2011 telah mengadakan gotong-royong memindahkan barang dari sekolah ke bangunan baru Tell-Trac.Pihak JPP dengan kerjasama 60 orang guru pelatih daripada PPISMP Semester 2 dan PISMP Semester 1 telah terlibat menjayakan aktiviti ini. Gotong-royong telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Aktiviti ini berjalan dengan lancar di atas kerjasama yang telah diberikan oleh guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti ini. Pihak institut dan JPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Kerjasama anda amatlah kami hargai. Semoga hasil keringat anda mendapat barakah daripada ILAHI.

February 13, 2010

Perutusan Tahun Baru Cina 2010





Utuhkan Perpaduan
Katakan Tidak !
kepada Racist







Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2010 , kami Exco dan Naib Exco Biro Agama , Kerohanian dan Moral (BADAM) dan seluruh jawatankuasa BADAM mengucapkan " semoga beroleh kegembiraan dan kebahagiaan " buat semua kaum Chinese di bumi IPG KDRI ini.


Kegembiraan dan kebahagiaan adalah nikmat Allah swt Tuhan yang Mencipta seluruh manusia dan alam semesta ini . Ianya jua adalah manifestasi dari sebuah perpaduan yang sememangnya dianjurkan oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 :




Maksudnya : Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti .


Perjuangan BADAM adalah melandasi firman Allah swt tersebut , bilamana BADAM menjadikan perpaduan sebagai prinsip perjuangan melewati batas kaum dan bangsa . Politik baru BADAM dengan prinsip Li Taarafu [ saling kenal mengenal ] membawa slogan BADAM For All sekaligus meletakkan perjuangan BADAM dan dakwahnya terbuka tanpa sempadan. .


Konsep perkauman sempit adalah musuh tradisi kepada usaha mewujudkan perpaduan dan keamanan di dalam kampus IPG KDRI ini . BADAM konsisten menentang perjuangan dan gerakan yang berasaskan sentimen perkauman sempit justeru perbezaan kaum dan bangsa adalah suatu ciptaan Allah swt yang menandakan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta .


Baru - baru ini negara menjadi gempar dengan kenyataan ultra -racist dari Datuk Nasir Safar bekas Pegawai Khas YAB Perdana Menteri apabila beliau secara terbuka menyelar kaum Cina dan India sebagai pendatang dan peminta sedekah serta mengancam untuk menarik balik kerakyatan jika kaum - kaum ini gagal menuruti ketetapan dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan .Kami di pihak BADAM secara lantang menolak dan menentang perkara itu. Dalam menyelesaikan perkara ini, kita sebagai guru pelatih yang juga digelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi perlu kembali merujuk kepada sejarah negara kita suatu masa dahulu.


Seluruh jawatankuasa BADAM melihat kenyataan - kenyataan bersifat perkauman ini semakin ketara dan ia boleh mendorong berlakunya persengketaan antara kaum dan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat malah mengancam keselamatan negara.


Selayaknya setiap pihak hendaklah menghormati hak - hak orang Cina dan India di dalam negara ini dan di dalam kampus kita dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentang dengan semangat 1 Malaysia yang diperjuanhgkan oleh pihak kerajaan.


Sekali lagi suka saya tegaskan bahawa seluruh jawatankuasa BADAM sangat tidak senang dan sangat tidak setuju terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang berbau racist dan chauvinist . Sebaliknya marilah kita beramal atau menerima pakai apa yang diajar oleh Islam agar kita mewujudkan perpaduan atas semangat saling kenal mengenal antara satu sama lain . Bukan hanya kenal nama dan wajah tetapi turut mengenal budaya dan adat resam antara kaum dikalangan penduduk dan rakyat di dalam negara ini .


Islam menjadi dasar perjuangan BADAM . Justeru itu , apa yang diperjuangkan oleh BADAM ialah apa yang diajar oleh Islam . Antara ajaran Islam yang suci lagi mulia ini ialah saling hormat menghormati antara kaum , bangsa dan agama agar dapat diwujudkan suasana sejahtera , harmoni , aman dan damai . Sementara semua suasana - suasana itu bertepatan dengan nilai fitrah kejadian manusia .




Biro Agama , Kerohanian dan Moral (BADAM),
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Sesi 2010/2011

February 08, 2010

Carta Organisasi
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KDRI 2010/2011



Majlis Penasihat

Penaung
En. Mohamad Bin Ngah
(Pengarah IPGM KDRI)

Ketua Penasihat
Tn. Hj M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim
(Timbalan Pengarah IPGM KDRI)

Timbalan Ketua Penasihat
Tn. Hj. Yahya Bin Osman
(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Penasihat-Penasihat
En. Idrul Hisham bin Ismail (Penasihat Kewangan)
En. Abdullah bin Jusoh (Penasihat Biro Komputer)
En. Mohd Asri bin Harun (Penasihat Biro Kolej Kediaman)
Pn. Hjh. Maimunah binti Ropar (Penasihat Biro Kebajikan dan Sosial)
En. Sabawi bin Awang (Penasihat Biro Agama, Kerohanian dan Moral)
En. Zakaria bin Ali (Penasihat Biro Sukan dan Rekreasi)
En. Amir Hamzah bin Yaakob (Penasihat Biro Perhubungan dan Penerbitan)
YM Che Ku Mohd Rafee bin Che Ku Ali (Penasihat Biro Penginapan Luar)


Majlis Tertinggi

Yang Di-Pertua
Mohd Ammar bin Sauti

Naib Yang Di-Pertua
Noor Syafiq Aiman bin Mohd Isa

Setiausaha Agung
Muhamad Arif bin Abdullah @ Esa

Naib Setiausaha Agung
Mohd Ridzuan bin Mohd Taib

Bendahari Agung
Mohd Firdaus bin Razlan


Barisan Exco Biro

Biro Agama, Kerohanian dan Moral
Muhamad Hazwan bin Hamidan
Muhammad Firdaus bin Omar Baki

Biro Kebajikan dan Sosial
Mohamad Ainuddin Fikri bin Ramli
Abdul Wafiy bin Hasbullah

Biro Teknologi Maklumat dan Multimedia
Amirul Asyraf Bin Kamarulzaini
Mohammad Fathuddin bin Ismail

Biro Sukan dan Rekreasi
Mohd Zaidul Khairi bin Othman
Ahamad Mustaqim bin Mohamed

Biro Kolej Kediaman
Mohd Nur Hafizu Adha bin Shamdin
Nor Shahidah binti Mohd ali

Biro Perhubungan dan Penerbitan
Muhammad Wafiyudin bin Ab Halim Fauzi
Ahmad Syahmin bin Zulkefli

Biro Kebudayaan dan Kesenian
Kamalrul Asyraf bin Abdul Malik
Muhammad Hidayat bin Hafid

Biro Hal Ehwal Wanita dan Tugas–Tugas Khas
Abdul Halim bin Abdul Hamid
Aliana binti Awang Abd Rahman @ Jusoh

Biro Akademik dan Kepimpinan
Ahmad Shahmimi bin Mohd Rosli
Mason Maur Anak Changan

Biro Penginapan Luar
Muhammad Ridhuan bin Zikri
Muhammad Aizuddin bin Mohammad
 

Template by BloggerCandy.com