Pages - Menu

September 23, 2009

Logo Dan Simbol Penting

Logo Kerajaan Malaysia


Logo Kementerian Pelajaran Malaysia



Logo Bahagian Pendidikan Guru



Logo IPG Kampus Dato' Razali Ismail



*Untuk muat turun, sila klik kanan pada logo di atas dan klik 'Save Image As'.

Dikemaskini pada 9 Mei 2010
Setiausaha Agung II, JPP

September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato' Razali Ismail ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga IPG KDRI. Semoga Aidilfitri ini dapat disambut riang namun sederhana tanda kesyukuran kita kepada Allah yang melimpahkan nikmat ini.

**************************************************************************


Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadhan.

Ringkasan Amalan Di Hari Raya

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Kullu 'Ammin Wa Antum Bikhair"

September 15, 2009

1000 bulan VS 1 cabaran

1 Bualan tentang 1000 Bulan & Surat Layang Pengganti Kad Raye tahun ni..
By: tok misai

Salam sejahtera cikgu-ckigu IPGM KDRI, panas-panas…..Kad Raye tak dapat Surat Layang berkunjung tiba...ape citer nie cikgu,sebelum tu starting nie tok nak wish tahniah bangat kat pasukan nasyid Al-Ikhwan yang Berjaya menjadi johan pertandingan nasyid antara institute perguruan peringkat zon timur baru-baru ni. Tok memang dah dapat agak bahawa kumpulan Al-Ikhwan sekali lagi akan mengharumkan nama IPGM KDRI apabila mendapat gelaran juara dalam pertandingan nasyid tu. Soal adil ke , berat sebelah ke, advantage ke tak timbul langsung sebabnya pertandingan kali ini di hakimi oleh 9 orang juri hakim dari 4 buah institut yang terlibat antaranya IPGM Tengku Ampuan Afzan, Sultan Mizan, Kota Baharu dan Dato Razali Ismail. Tahniah buat seluruh warga IPGM KDRI.
Nah ini munkin hadiah istimewa dari Allah buat pasukan Ikhwan yang iat berlatih dan juga sebagai mengubat lara dan luka di hati Tuan Pengarah IPGM KDRI yang selama ini sering berduka dengan sikap segelintir cikgu-cikgu yang tidak dapat diduga justeru bertindak diluar batasan. Apa tidaknya baru-baru ini tok ade dapat khabar angin kononnya pihak pentadbir IPGM KDRI menerima satu surat laying. Waaah…. Apake jadahnya semua ni cikgu-cikgu…? Hehe kesian laa kat Tuan Pengarah dan barisan kepimpinan pensyarah yang selama ini bertungkus lumus membantu kita dalam pelbagai urusan. Tok faham dan tok juga akui walaupun banyak jga ketidakpuas hatian yang melanda jiwa yang selama ini banyak bersabar dan kadang-kadang rebut badai bertandang di sanubari kerana mungkin beberapa keputusan atau peraturan yang dibebankan kepada cikgu-cikgu.
Namun begitu kita sebagai cikgu-cikgu tidak seharusnya mengambil jalan singkat dengan bertindak secara tidak professional menghantar surat layang atau apa sahaja bentuk kiriman yang menunjukkan rasa ketidakpuas hatian kita sebagai penuntut di institute nie.. come on cikgu… be gentleman beb.. apa yang salah dan patut ditegur maka tok suka menyarankan untuk kita belajar bertindak mengikut saluran yang betul tanpa menyusahkan sesiapa mahupun diri sendiri. Tok rasa semua pasti tahu tentang “karma” maksud tok dunia ini ibarat roda.. sekejap kita di atas sekejup je lagi kita berada di bawah pula. Hari ini kita hantar surat laying kat orang, mungkin 10 tahun 20 tahun akan datang kan..mase tu cikgu-cikgu pun dah jadi pengarah institute kot-kot laa cikgu pulak yang akan dapat surat laying daripada orang yang tak puas hati dengan cara cikgu mentadbir pula. Jadi maksud tok kalaulah ada sebarang rasa tak puas hati ke, apa ke bawa-bawa lah berbincang molek-molek. Indah sungguh bidalan dahulu yang mengatakan “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”. Dalam agama sekali pun kita di anjurkan untuk berfikir dan bertindak dengan penuh hikmah kerana sesungguhnya kita adalah bersaudara. Oleh itu tok cume nak suggest laa kat sape-sape yang sukarela hari tu hantar surat layang hari itu kan, apa kata kali ini hantar pulak KAD RAYA kat pengarah dan seluruh kepimpinan IPGM Malaysia ni tanda terima kasih kerana kita sebenarnya bersyukur kerana kita sebahgian dari seluruh wakil cikgu-cikgu yang ada kt Malaysia ni. Tapi tok faham sememangnya yang namanya pun spesis manusia ni hanya pandai mengomplen dan mengkriktik jew.. jarang sangat yang memuji dan berterima kasih. Jadi manfaatkan sisa terakhir ramadhan ini sebaiknya. Untuk kebaikan kita semua insyaallah.
Apa yang tok nak ketengahkan kali ni adalah berkait rapat dengan bulan ramadhan yang sudah hampir meninggalkan kita ni. Dalam bulan ramadhan ini dikisahkan dengan satu rahsia benar dengan wujudnya satu malam yang fadhilatnya seumpama 1000 bulan. Tok sangat tertarik dengan satu tazkirah ringkas yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Suhaimi dari JAPIM. Biarpun ketia menyampaikan tazkirah hari itu, tokdapat lihat raut wajah yang kemurungan isyarat menunjukkan al-fadhil kurang sihat. Tazkirah menyebutkan tentang peluang untuk cikgu-cikgu menyumbangkan derma di bulan ramadhan dan kesungguh cikgu-cikgu mendapatkan cinta Lailatul Qadr… dalam tazkirah baru ini al-fadhil suka mengajak para pendengarnya untuk menyumbangkan dana kepada mana-mana pihak yang uzur dari sudut dana ekonominya. Apa yang tok Nampak dari yang tersirat ialah untuk mengajak kita semua cikgu-cikgu sama-sama membantu dana Balai Islam Al-Muttaqim yang akhir-akhir ini seperti dilanda virus H(wang) N(wang). Kekurangan dana dari pihak yang bertanggungjawab menyebabkan majlis Khatam Al-Quran yang dilaksanakan hampir setiap tahun dan menjadi aktiviti tahunan bagi Biro agama dikhabarkan terpaksa di batalkan kerana H(wang) N(wang). Hilang wang Nak Wang.
Namun bukanlah tok nak gambarkan betapa dhaifnya kedudukan ekonomi Balai Islam cume apa yang lebih cantik kalaulah kita dapat membantu dengan kadar sumbangan biarpun kecil nilainya asalkan sama-sama membantu. Sikit-sikit tapi ramai yang menyumbang lama-lama jadi bukit Wang. Maksud tok jumlah derma kecil tapi pendermanya ramai maka banyaklak kutipannya. Ingatlah bahawa sumbangnya ini bukan sahaja untuk belanja dunia tetapi juga hitungan sebagai bekalan diakhirat.. akhir daripada tok jom pakat cari cinta Lailatul Qadr, bersihkan hati dengan menjadi dermawan, jauhi surat layang insyaallah hidup aman,dapat berkat daripada Allah…hehe

September 08, 2009

bubur lambuk sambal kicap

Antara Bubur Lambuk dan Sambal Kicap.

By : Tok misai

Dalam diam-diam,rupa-rupanya Tok dah berjaya menghabiskan 18 hari dalam bulan ramadhan yang berkat dan penuh rahmat ini. Tok teringat pulak dengan sepotong hadis Nabi S.a.w yang bermaksud seakan serupa ini “ bulan ramadhan itu awalnya rahmat,pertengahan ramadhan itu adanya keampunan dan di akhir ramadhan itu mendapat pelepasan dari Neraka”. Bila kita sama-sama refleksi balik dari apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ini adakah kita skang yang dah 18 hari laa lebih kurang kita berpuasa, adakah kita tergolong dalam golongan umat Nabi s.a.w yang mendapat kelebihan bulan ramadhan ini? Tok sendiri tak yakin sebab kita manusia yang banyak kerenah, manja, dan berjiwa kental apa tidaknya sekadar berjihad menhan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang diharamkan ketika berpuasa pun tak mampu untuk kita kekang dalam hidup kita, tiap-tiap kali nak tengok siaran televisyen jew dah kene tolak pahala pose. Tok suka mengajak kita semua warga IPG KDRI baik yang baru dan lama untuk sama-sama kita menghitung hari dan waktu yang telah kita lalui. Adakah pahala yang sepatutnya kita ragut semuanya dalam bulan ramadhan ini akhirnya tanpa kita sedari berciciran langsung berguguran tanpa kita sedar. Tok kembali kepada bidalan masyarakat melayu kita hari ini “ yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apa tak… adakah kita sentiasa berwaspada dalam melayari bahtera hidup kita sehari-hari dengan baik dab bijaksana?

Jom kita pakat-pakat fikirkan bersama antara aktiviti yang mungkin kita sebagai warga IPG KDRI atau mungkin juga seluruh umat Islam di Negara kita lakukan. Seawall pagi cikgu-cikgu bangun bersahur sekitar 4.00 pagi sampailah ke subuh. Penat sangat menyiapkan assignment KKBI atau KKP yang sepatutnya disiapkan awal mungkin ade yang kembali lena lalu kembali ke alam fantasi melayari mimpi-mimpi yang setiap satunya mempunyai erti tersendiri. Berbekalkan bantal yang empuk, bersalutkan selimut febret menambahkan lagi selera tidur dan diulit pula dengan bisikan musuh yang sentiasa bersama untuk melihat umat manusia semuanya leka dan alpha. Bila dah ke kuliah tok sah citer panjanglah kompem-kompen semua belajar tak pun tertido kerana keletihan dibulan peperangan dengan hawa nafsu ini.

Yang jadi masalahnya bila kita balik dari kuliah, mulalah kepala pun dah berat, badan pun dah liat, mulut berkali-kali menguap memberi isyarat bahawa badan perlukan rehat, otak nak stop berfikir sekejap, lalu sauh punggung mula mendarat. Mata terpejam erat dan rapat, lagu dengkuran mula berdendang, menghela kepenatan yang selama ini terbeban. Itu bagi yang tidur, tapi bagi yang jenis kai Televisyen pula, balik kuliah rehat, remote control ditangan erat, petiknyer sekali Tv dah terbuka, bertukar siaran ikut nak tengok mana yang sedap akhirnya berhenti asyik melayan karat. Kisah demi kisah, satu persatu apa yang dihidangkan di televisyen ditonton sehabis lazat. Upik abu dan laura sakit hati kalo siaran tak dapat, wonder pet plak sekadar hilangkan penat, sambung pula dengan spongebob sebab dah jadi febret, tak cukup itu layan pulak madina dan aqso akhirnyasedar tak sedar rupanya maghrib dahpun dekat. Hahaa.. alang-alang dah petang bergegas ke bazaar ramadhan laa cari rezeki bawak pulang, untuk santapan perut yang kelaparan.

Yang bagusnya kita semua warga IPG KDRI, hampir setiap tahun di Balai Islam AL-Muttaqim kita ada disediakan juadah berbuka puasa. Tok pun hampir tak tahu menu apa yang tersedia, tapi yang wajib bubur lambuk dan sambal kicap. Nak dijadikan kesimpulan bubur lambuk IPG KDRI ini sape-sape yang berkunjung ke Balai Islam AL-Muttaqim mesti takkan melepaskan peluang menikmati bubur lambuk balai. Cumenya kalaulah diserikan lagi dengan sambal kicap wah laju benor cikgu-cikgu kita nie makan. Jadi marilah kita hayati kesepaduan bubur lambuk dan samabl kicap ini iaitu bubur lambuk kita ibaratkan bulan ramadhan yang memang terdapat banyak kelenihan didalamnya seperti bubur lambuk dalamnya ada fish ball,rempah ratus,bermotifkan beras, cantik diwarnai dengan sayuran yang berkhasiat pendek kata serba serbi ada dalam bubur lambuk. Dan begitulah bulan ramadhan ini cikgu-ckgu sekalian. Banyak sungguh kelebihannya. Semua cikgu-cikgu pun maybe dah biasa sangat dengar tazkirah kelebihan ramadhan kan. Kalau tak tahu belajar. Tapi kalo betul-betul tak tahu maknenyer cikgu ponteng solat berjemaah kt balai laa tue hahaa.. nah sambung balik citer kita. Sambal kicap pula ibarat diri kita sendiri. Kalau kita rajin datang berbuka puasa kat balai dapatlah sambal kicap, kalau kita malas dapatlah makan bubur saje. Kata orang kalau kenalah bubur lambuk balai dengan sambal kicap barulah betol-betol hooowliau.. maksud tok adalah kita sendiri perlu rajin berusaha menambahkan kelazatan bulan ramadhan dengan segala kudrat dan usaha kite supaya kerahmatan, keberkatan dan keampunan dibulan ramadhan ini akhirnya menyempurnakan kehidupan kita.

Salam ramadhan cikgu-cikgu IPG KDRI.

September 05, 2009

Cerewet sangat cikgu nie....

cerewet sangat cikgu nie..

By: Tok Misai.

Baru-baru ini tok ada dengar tentang kecurian yang berlaku di asrama pelatih guru di IPGM Kampus Dato Razali Ismail, khabarnya banyak juga yang hilang, bukan apalah cuma yang tok hairan apalah yang dhaif sangat depa tuh duk buat kerja mencuri harta benda orang lain. Apakah mak bapak depa ni miskin sangat ? ataukah mak bapak depa yang suka mencuri ini juga dulu-dulunya pencuri macam depa, atau adakah mencuri itu hobi dan satu kebiasaan pada depa? Sapa yang nak jawab nie?.. pencuri tu la yang berhak jawab.

Tok suka nak mengajak semua pelatih guru untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan tok zaman tok muda-muda dulu. Walaupun dulu elaun guru kami takda laa sebesaq yang pelatih guru hari ini dapat sekitar RM500 lebih sebulan katanya, tapi kami sudaj cukup mampu tanggung diri sendiri belajaq dam survive hidup sebagai pelatih guru pada waktu tue. Bukan it u sahaja, sebenaqnya pokok paling penting, tok rasa antara punca yang paling serius menyebabkan banyak masalah timbul dikalangan pelatih-pelatih IPG Malaysia bermula dari sistem pengambilan yang korupsi. Apa tidaknya sekadar dengan soalan masa temuduga adakah kamu sanggup dihantar ke pedalaman?, adakah kamu benar-benar nak jadi cikgu atau paksaan? Kamu sedia dihantar ke Sabah ke Sarawak?. Bila dah jawab “Ya saya sangat bersedia” “ya saya sanggup” ditambah pula dengan rempah-rempah kata yang menyedapkan lagi ayat-ayat semasa temuduga akhirnya dapat menyakinkan penemuduga. Tengok sajalah time minggu pengurusan student baru yang masih freshy.. huh banyak sangat yang tersembul keluar apa sebenarnya dalam diri mereka ini. Tok malas nak mengungkit laa.

Tok juga pernah dengar ura-ura dari angin barat daya mengatakan dek kerana tuntutan yang amat tidak munasabah yang sering ditagihkan oleh pelatih –pelatih guru yang masih hanyut dalam gelombang tamak dan dibawa arus haloba, pihak IPGM seluruh Malaysia sedang giat mempertimbangkan satu sistem baru dalam memastikan penghasilan gur-guru keluaran IPGM adalah yang terbaik untuk generasi akan datang. Apa yang tok pernah dengar katanya status elaun pelatih guru yang diibaratkan sebagai pra perkhidmatan awam akan digantikan dengan biasiswa biasa seperti penuntut di Universiti dan ianya berubah-ubah mengikut kondisi yang ditetapkan. Apa kondisinya? Tok tahu tapi usahlah kita terlalu fikirkan. Sebaliknya tok berdoa kepada semua baliklah kepangkal jalan, jangan hantar surat laying, hayati etika keguruan, hidup senang jiwa pun aman, guru cemerlang IPG pun gemilang. Yang paling penting kesyukuran kita kepada tuhan. Panjatkan Doa pada Allah semuga kita lapang dan selesa dalam dunia keguruan…

Respon YDP

sebagaimana yang telah rakan-rakan guru pelatih sedia maklum, kami mempunyai kekuatan seramai 25 orang yang telah disaring dalam Pilihanraya Kampus yang lalu. lantikan baru sebagai penambahan ahli seramai 2 orang telah berlaku kerana institut kita buat pertama kalinya mengarahkan supaya pelatih-pelatih senior untuk menginap di luar. masalah tidak turun padang tidak sepatutnya berlaku jika situasi yang berlaku terhadap ahli jpp sendiri difahami oleh pihak guru pelatih sekalian. banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak jpp sendiri berkaitan jika berlaku apa sahaja permasalahan dalaman kampus. ada yang membuat perbandingan antara jpp lepas dan terkini yang bagi saya tidak cerdik melihatkan kepada situasi semasa. adalah tidak munasabah pihak guru pelatih memberikan komen yang berdasarkan kepada emosi semata-mata kerana berdasarkan faktanya kami berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan pelatih sekalian. rasanya saya tidak perlulah diungkit apa yang telah kami lakukan cuma minta kita memahami antara satu sama lain. cuba anda fikirkan dengan musibah yang berlaku antaranya selesema babi (H1N1) dan demam ILI yang menyebabkan institut kita gelap seketika. arahan membekukan segala aktiviti yang melibatkan pengumpulan ramai orang terpaksa dikeluarkan sebagai langkah pencegahan. akibatnya banyak aktiviti yang dirancang terbengkalai walaupun ada sesetengah aktiviti yang tetap dilakukan dengan melanggar arahan tersebut. saya menasihati rakan-rakan pelatih sebelum ingin mengkritik pihak lain, supaya melihat dahulu punca-punca yang menyebabkan berlakunya sesuatu ketidakseimbangan. berikan kritikan yang membina supaya kami dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem ini. insyaAllah respon yang seterusnya akan diutarakan dari semasa ke semasa. TQ


AHMAD NAJMI B MOHD GHAZALI
YDP JPP IPGMKDRI 09/10
 

Template by BloggerCandy.com