Pages - Menu

August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan


Pihak JawatankuasabPerwakilan Pelajar IPGM KDRI ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Marilah kita sama-sama memanfaatkan kehadiran madrasah Ramadhan dalam usaha menjadikan diri kita insan guru yang beriman lagi bertaqwa kepada Allah. Sebagai perkongsian, marilah kita melihat, merenung dan mentafsir kisah-kisah yang terjadi di bulan Ramadhan:

Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) :
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa menitiskan darah ke bumi walau setitik.

Perang BADAR (17 Ramadhan 2 Hijrah):
Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kuffar ketika itu. Nabi SAW ketika ini berusia lebih kurang 55 tahun.Banyak ibrah yang dapat diambil dalam perang ini.

Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 Hijrah):
Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadhan 92 Hijrah):
Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripda tentera musuh yang jumlahnya berlipat kali ganda.

Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan

Peperangan Zallaqah,Portugal (Ramadhan 459 Hijrah):

Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

Persiapan Perang Khandak : dilakukan dengan Salman Al-Farisi dengan menggali parit(khandak) sekeliling Madinah sebagai helah peperangan. Nabi Muhammad SAW serta sahabat menggali parit di bawah panas terik mentari. hasilnya selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta.

Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol (15 Ramadhan 658 Hijrah) :

Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.

Peperangan Yakhliz (15 Ramadhan 1294 Hijrah) :
Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Russia yang berjumlah 740 ribu. Menjadi kebanggaan umat Islam apabila berjaya mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Russia.

August 19, 2009

Selamat Bercuti


Pihak JawatankuasabPerwakilan Pelajar IPGM KDRI ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga IPGM KDRI (21 hingga 29 Ogos 2009). Marilah kita bersama-sama memanfaatkan cuti kita agar terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bagi yang beragama Islam, marilah kita mempersiapkan diri untuk menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak.

August 13, 2009

Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM KDRI ingin mengucapkan selamat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah kepada rakan-rakan guru pelatih PISMP Semester 2 dan Semester 4. Semoga anda semua dapat menimba pengalaman bagi mempersiapkan diri ke arah pembentukan insan guru gemilang.

Di sini disertakan beberapa dokumen berkaitan yang boleh dimuat turun untuk kegunaan semasa PBS:


1. Senarai Semak Penyediaan Portfolio

2. Borang Kehadiran PBS

3. Borang Rekod Kolaborasi / Interaksi / Perbincangan (Lampiran 1-4)

4. Borang Amalan Refleksi (Lampiran 1-6)

5. Borang Laporan Perkembangan Pelajar

6. Borang Maklumat Sekolah

7. Instrumen Pemastian Standard - Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Darjah (untuk guru pelatih PISMP MT/PJ/BI Semester 4 sahaja)

Sekian, terima kasih.

August 11, 2009

Ancaman Selesema Babi (Influenza A H1N1) dan Demam ILI

Assalamualaikum buat semua guru pelatih IPGM Kampus Dato' Razali Ismail... salam sejahtera dan semoga berada dalam rahmat Allah berpanjangan.. seperti yang diketahui umum, kampus kita telah diancam wabak selesema BABI (influenza A H1N1) dan demam ILI. harap anda semua mematuhi arahan memakai mask sebagai langkah2 penceghan awal merebakny selesema BABI... masih ramai yg tidak memakai mask tersebut w/pun telah memilikiny... mask tersebut bukan sepatutnya disimpan atau dibuat "belacan" tetapi hendaklah dipakai.. tepikan malu utk menjaga maslahat diri... bagi yg masih tidak memilikiny pihak pengurusn sedang cuba mendptkannya secepat mungkin..

Semua aktiviti atau program yang melibatkan;
1. aktiviti luar,
2. perhimpunan yang melibatkan ramai,
3. program yg melibatkan kumpulan yg ramai,

mestilah
dibekukan buat sementara waktu sehingga diberitahu... sila jaga kesihatan anda semua dengan memperbanyakkn minum air masak dan jaga kebersihan tubuh badan... bagi yang dikuarantin sila patuhi sepenuhnya prosedur rawatan... rawatan susulan akan tiba secepat mungkin.. guru pelatih yg positif, demam dan mendapat kelulusan pegawai kesihatan utk bercuti boleh mengemukakan permohonan pulang ke kampung dgn syarat diambil sendiri pelatih tersebut oleh ibubapa/penjaga dan dimaklum terlebih dahulu kepada warden... saya menasihatkan supaya pelatih yang dikuarantin terus berada di kampus walaupun diberi kebenaran pulang sehingga tempoh yang ditetapkan supaya ianya tidak merebak kepada komuniti lain. makanan dan minuman akan dihantar ke bilik kuarantin sebanyak 5 kali sehari dengan masa yang telah ditetapkan. segala usaha telah dilakukan untuk pencegahan dan saya menyeru supaya teruskan usaha ini dan perbanyakkan berdoa... jangan tinggalkan pemakaian topeng (mask)... TQ-

AHMAD NAJMI B MOHD GHAZALI
YDP JPP IPGMKDRI 09/10
 

Template by BloggerCandy.com