Pages - Menu

May 20, 2009

Maklum Balas : Aduan - Komen - Pendapat

May 18, 2009

Selamat Menjawab Peperiksaan



Di kesempatan ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Dato' Razali Ismail ingin mengucapkan:

Selamat Menjawab Peperiksaan dengan Cemerlang

May 16, 2009

Konvensyen Belia Kebangsaan

:: Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan ::



Pada 14 hingga 16 Mei 2009 yang lalu, dua orang ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah mewakili IPGM KDRI bagi menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan yang telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Ahmad Najmi Bin Mohd Ghazali (Yang Di-Pertua) dan Mohd Ridzuan Bin Mohd Taib (Setiausaha Agong Kehormat) telah hadir ke konvensyen tersebut.



Konvensyen tersebut adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Belia Malaysia. Bersempena dengan konvensyen tersebut, pelbagai aktiviti lain juga yang turut dianjurkan. Di antaranya ialah pertandingan pidato, nasyid serta senam aerobik.

Sebagai permulaan program selepas pendaftaran, peserta telah dihidangkan dengan Forum Belia Kebangsaan 2009 yang telah dimoderatorkan oleh Sdr. Mohd Shukor Bin Md. Yusof dibawah tajuk "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Satu Perspektif dan Analisa Kritis dari Kaca Mata Belia". Ahli panel yang dijemput termasuklah:
1. YBhg. Sdr. Mustapha Sakmud (Presiden Majlis Belia Sabah)
2. YBhg. Dr. Sarjit S. Gill (Pensyarah Kanan, UPM)
3. YBhg. Sdr. Wong nai Chee (Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Malaysia)



Konvensyen tersebut juga telah melibatkan pembentangan beberapa kertas kerja iaitu:

Sesi I : Malaysian Malaysia vs Satu Malaysia; Merungkai Kekeliruan, Menginspirasikan Masa Depan (Oleh : YBhg. Sdr. Wira Karnain B. Sani, Pensyarah Universiti Malaya)

Sesi II : Satu Komuniti Satu Suara; Mengakar dan Merimbun; Peranan Besar Persatuan Belia Dalam Hati Sanubari Masyarakat (Oleh : YM. Engku Mohd Azmi B. Engku Mohd Basri, Pengarah cawangan Pembangunan Sosial Kementerian Belia dan Sukan)

Sesi III : Menyemarakkan Perpaduan bangsa Malaysia; Unity Within Diversity (Oleh : YBhg. Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin, Pensyarah Universiti Teknologi Mara)

Sesi IV : Liberalisasi Kewangan; Cabaran dan Peluang kepada Generasi Muda (Oleh : YBhg. Dr. Asyraf Wajdi Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dasuki, Ketua Bahagian Kaji Selidik ISRA)

Konvensyen juga turut dihadiri oleh YB. Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk merasmikan upacara penutup konvensyen tersebut.



Walaupun warga IPGM KDRI sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan, namun kedua-dua orang YDP dan SUAK sanggup memenuhi jemputan ke konvensyen tersebut. Tahniah diucapkan kepada YDP dan SUAK, pengorbanan yang patut dicontohi.

 

Template by BloggerCandy.com